Buat tatapan wahai pembaca budiman...lihat apa terjadi pada saudara kita di Palestine...mereka merana di seksa, di bunuh dan di hancurkan kediaman mereka, apakah tindakan kita...kita di Malaysia amat lah selesa dengan kehidupan, mewah, keseronokan, bebas, entahlah apa lagi yang hendak di cakap lagi, semua keseronokan dan kemewahan yang ada di Malaysia tiada di Palestine...tetapi mereka ada perjuangan, keimanan dan ketaqwaan...mungkin kita ada keimanan, ketaqwaan dan perjuangan tetapi saya rasa itu tidak cukup lagi kita sampai ketahap jatuhnya diri kita disisi Allah s.w.t...
Lihat si bapa melindungi anaknya dari serangan dari tentera zionis...apakah kita patut lihat...apa harapan mereka dari saudara mereka yang mewah kehidupan di Malaysia...mereka tidak mahu kemewahan, kemewahan yang menyebabkan mereka takut dengan kehidupan...kalau kita pasti kita takut dengan kesusahan...
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ
إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ
هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya
(Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid
Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Lihat gambar di bawah apa jadi dengan anak-anak muda-mudi kita berjuang di jalan raya, berjihad atas nama nafsu lihatlah mereka, bandingkan mereka pemuda-pemudi palestine...sayangnya mereka berjuang atas nama kepuasan nafsu...bagi saya ini adalah salah satu contoh puak yahudi berjaya dengan agenda mereka...
Bagi saya cukuplah kita mendoakan dan memberi bantuan dari segi diri atau wang...kalau boleh bawalah diri kita kesana, dermalah wang anda agar dapatlah membantu mereka segi pendidikan, makanan, pembangunan dan kebangkitan islam di sana...moga moga Allah memberi kekuatan pada kita untuk membantu mereka..sekian...
No comments:
Post a Comment