Monday, May 24, 2010

KASY-SYAF PEMUDA KECIL

Ada hadis yang menerangkan bahawa barang siapa yang membaca La-ilaha illallah sebanyak 70,000 kali, akan menjadi tebusan baginya dari api neraka. Abu Yazid Al-Qurtubi telah mendengar akan hadis itu, maka beliaupun meyakini dan beramal dengannya. Beliau telah membaca La-ilaha illallah 70,000 kali untuk dirinya, 70,000 kali untuk ibunya, 70,000 kali untuk ayahnya dan lain-lain keluarganya juga dibacakannya masing-masing 70,000 kali. di samping itu beliau juga telah mengerjakan amal-amal soleh yang lain sama ada yang sunat apalagi yang wajib sebagai pelaburan untuk akhirat.

Di kampung Abu Yazid ada seorang pemuda soleh yang kata orang dia ahli kasy-syaf dapat mengetahui perkara-perkara batin dalam waktu-waktu tertentu. Bahkan adakalanya dia menerangkan perkara-perkara yang berkenaan dengan syurga dan neraka. Orang ramai mengakui kekeramatan dan kelebihan pemuda itu walaupun dia masih muda kerana sudah banyak terbukti kebenarannya. Abu Yazid juga mengakui akan keistimewaannya.

Pada suatu hari di kampung itu ada seorang yang mempunyai hajat. Dia telah menjemput orang ramai agar datang ke rumahnya untuk membaca doa selamat dan jamuan makan minum bersama. Maka ramailah yang datang termasuk Abu Yazid Al-Qurtubi dan pemuda kasy-syaf itu hadir sama. Apabila bacaan doa telah selesai, jemaah dijemput makan, maka mulailah mereka makan sambil berbual perkara-perkara agama.
Tiba-tiba pemuda kasy-syaf itu berteriak kuat, sehingga menyebabkan semua orang yang hadir berhenti makan dan melihat kepadanya.
"wahai pakcik-pakcik! wahai pakcik..." kata pemuda itu.
"Ada apa, ada apa?" Kata orang ramai
"Ini dia ibuku." katanya sambil menunjuk dengan tangannya dan menangis.
"Mana...mana?"
"Di dalam neraka." katanya lagi, lalu menangis kuat-kuat.
Orang yang hadir sangat kasihan mendengar tangisnya, namum mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana dia adalah perkara ghaib.
Abu Yazid Al-Qurtubi sangat kasihan melihat pemuda itu. Dia teringat akan bunyi hadis tentang La-ilaha illallah 70,000 kali. Sekarang dia ingi membuktikan kebenaran hadis itu. Allah mengilhamkan kepadanya agar dia membaca Kalimah Tauhid itu sebanyak 70,000 kali dan dihadiahkan kepada si ibu pemuda yang katanya ada di dalam neraka. Maka dengan senyap-senyap dia menggerakkan bibirnya membaca La-ilaha illallah sehingga 70,000 kali. Tak ada seorang pun menyedari apa yang dilakukan oleh beliau, kecuali hanya Allah s.w.t saja yang tahu.

Setelah selesai, dia berkata dalam hatinya : "Hadis adalah benar dan orang-orang yang meriwayatkannya adalah benar belaka."
Kemudian dia berdoa : "Ya Allah sesungguhnya bacaanku 70,000 kali la-ilaha illallah ini aku hadiahkan kepada ibu pemuda ini sebagai penebusnya dari neraka."
Belum habis dia membaca doa, tiba-tiba si pemuda telah tersenyum gembira sambil berkata : "Wahai pak cik, ibuku telah keluar dari api neraka. Alhamdulillahi rabbil alamin."

Abu Yazid sangat kagum akan kemujaraban kalimah tauhid itu. Sekarang dia bertambah yakin akan kebenaran hadis yang diamalkannya, dan beliau tidak bosan-bosan membaca la-ilaha illallah sebanyak-banyaknya. Kerana telah menyaksikan sendiri akan hasilnya. Dia juga menyuruh orang lain agar mengamalkan apa yang beliau amalkan. Dia bersyukur kepda Allah kerana telah mengilhamkannya agar membaca la-ilaha illallah ketika si pemuda kasy-syaf menjerit itu. Radiallahu anhum...

Semoga kita mengambil iktibar dari kisah ini...

Buat Untuk Renungan Bersama...

Berhajatlah kepada
Allah s.w.t di atas kesabaran
dan ketakwaan

"...jika kamu bersabar dan
bertakwa, maka sesungguhnya
yang demikian itu
termasuk urusan yang patut
diutamakan."
(Ali-Imran : 186)

"...nescaya tipu daya mereka
sedikit pun tidak mendatangkan
kemudaratan kepadamu."
(Ali-Imran : 120)

Yakin dan bertawakkallah dengan
sepenuhnya kepada Allah s.w.t,
kerana Dialah penyembuh,
pelindung dan pemberi segala
keperluan hamba-hamba Nya
yang bertakakwa.

"Sesungguhnya Allah s.w.t berserta
orang-orang yang bertakwa dan
orang-orang yang berbuat baik."
(An-Nahl : 28)

Friday, May 21, 2010

Ayat 9 surah Yaasin

"Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dindinng (pula) dan kami tutup (mata) mereka sehingga tidak dapat melihat".

Tafsirnya

Sebab diturunkannya ayat ini diceritakan dalam suatu riwayat yang diceritakan, sebab-sebab turunnya ayat ini kerana adanya perbuatan orang-orang musyrik, peristiwa itu terjadi ketika mereka semua berkumpul dalam suatu majlis, maka berkatalah sebahagian dari mereka tentang bagaimana caranya memperdayakan Nabi Muhammad S.A.W. dengan sesuatu, ia berkata :

"Jika aku melihat Muhammad pasti akan aku perbuat demikian dan demikian" Maka datang Nabi S.A.W. dan berdiri berdekatannya, lalu Nabi S.A.W. membaca surahYaasin sampai ayat terakhir ayat 9...setelah itu Nabi S.A.W. mengambil segenggam debu (pasir), kemudian ditaburkan ke muka mereka, lalu Nabi S.A.W. pergi dari mereka, maka mereka semua tidak dapat melihat Nabi S.A.W. , kemudian mereka mengipaskan debu dari wajahnya, seraya berkata, "Demi Allah, kita tidak melihat Muhammad dan tidak mendengarkan suara Muhammad S.A.W."

Dari Petikkan Buku Tafsir Surah Yaasin...

Thursday, May 20, 2010

Ya Allah adakah daku kau pilih...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah - Tuhan semesta alam
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai hari pembalasan
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan
hanya kepada Engkaulah Kami memohon pertolongan
Tunjuki kami kejalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah
anugerahkan nikmat kepada mereka
bukan jalan mereka yang dimurkai dan
bukan jalan mereka yang sesat.

Peringkat Alam Kejadian

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu 7 jalan (langit) dan Kami sekali-kali tidak lalai terhadap ciptaan Kami".

(Al-Qur'an : Surah al-Mu'minuun ; Ayat 17)

Peringkat atau susunan tingkatan kejadian mahluk atau alam ini merangkui daripada bentuk-bentuk kehidupan yang paling kecil hingga sampai kepada Allah S.W.T. Pembinaan peringkat ini di reka bentuk oleh Allah, dipelihara dan diimbangi dengan sempurna oleh iradat-Nya. Secara kasar, seluruh makhluk atau kejadian ini terbahagi kepada dua bahagian. Pertama alam yang di ketahui, dan kedua alam yang tidak diketahui (ghaib). Yang pertama itu meliputi alam nyata, dunia dan manusia (insan) seluruhnya. Yang kedua itu meliputi alam langit dan yang ghaib.

Dunia atau alam di bawah, iaitu dunia di bawah bulan adalah alam yang terjadi daripada empat perkara : Kebumian, tumbuh-tumbuhan, kebinatangan dan kemanusian. Keempat-empat ini tersusun rapi. Kemanusian yang paling atas. Alam atau dunia ini diperintah oleh hukum-hukum tabi'i dan tertakluk kepada tumbuhan, membesar dan binasa, atau hidup dan mati.

Monday, May 3, 2010

PERKHIDMATAN

Kami merupakan Pusat Rawatan Islam Hikmah2u cawangan Slim River,Perak Selatan yang
dikelola oleh:

Saudara Fairus : 019-4470152

Saudara Shahir : 017-5918204

Saudara Hafizi : 019-4561413
Khidmat rawatan yang disediakan adalah seperti berikut :

Rawatan Sihir, saka, santau, busung, terkena minyak dagu dan seangkatannya. Histeria, batu karang, gangguan tidur, memagar rumah, rawatan ketagihan dadah dan gangguan makhluk halus.


Segala rawatan yang kami lakukan semuanya dengan keizinan Allah S.W.T.