Thursday, June 16, 2011

AMALAN

Kepada mereka pernah menerima rawatan, selepas menunaikan solat isyak iaitu sebelum tidur lakukan solat sunat taubat dan di akhiri selepas doa iaitu zikir bismillah sebanyak 389 x....

Moga-moga dengan izin Allah s.w.t kaedah solat ini amat berkesan untuk memberi kekuatan untuk mengatasi serangan sihir dan saka...

Sunday, June 12, 2011

SIHIR PEMISAH

Syukur Ke hadrat ALLAH S.W.T kerana saya masih hidup...dalam tajuk ini saya cuba mengupas serba sedikit tentang sihir pemisah...

Ok apakah yang dimaksudkan sihir pemisah...dalam perubatan islam, ia adalah sesuatu amalan sihir yang sengaja dilakukan untuk memisahkan seperti suami-isteri, adik-beradik, rakan taulan, rakan kongsi (perniagaan) dan yang berkaitan dengan kasih sayang yang sah.

Sihir ini agak tua penggunaannya seperti tercatat dalam surah Al-Baqarah ayat-102.

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikuti ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat : Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata : Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua : Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. (Surah 2 : al Baqarah ayat 102)

Tanda-tanda terkena sihir pemisah adalah seperti berikut :

Daripada kasih sayang kepada kemarahan dan kebencian menglampau-lampau.

Memperbesarkan perkara kecil kepada perkara yang besar dan sukar memaafkan pasangan.

Cemburu apabila berjauhan seperti suami bila keluar daerah maka sang isteri akan bertindak cemburu amat sangat hingga mengatakan sang suami ada affair dan bila bersemuka timbul rasa meluat dan benci amat sangat.

Tiada nafsu terhadap pasangan terutama semasa membuat hubungan kelamin.

Tiada perasaan tenang bila berada di rumah dan contohnya apabila si suami keluar beliau rasa tenang, bila balik perasaannya menjadi serabut dan kucar kacir sebaik sahaja memasuki kediamannya.

Oklah ini adalah sedikit banyak tanda-tanda terkena sihir pemisah...ikhlas dari kami Hikmah2u slim.