Sunday, June 27, 2010

Sihir dan Saka

Salam buat semua pembaca...kisah ini saya coretkan untuk kita bersama berkongsi pengalaman rawatan saya terhadap makcik berusia 60an yang berasal dari daerah teluk intan...beliau sudah beberapa kali menjalankan rawatan daripada saya dan beliau juga telah banyak berubat merata tempat...pada awal rawatan bersama saya beliau mengatakan dia terkena sihir yang agak kuat, dah banyak tok moh n ustaz telah cuba mengatasi masalah dia dan ada yang tidak sanggup mengubat kerana terdapat serangan dari pihak jin sihir...tapi saya hanya mendengar kerana saya tidak mempunyai apa setanding dengan tok moh dan sehebat ust- ust kerana saya berpegang prinsip selagi yakin pada Allah kita bisa mengatasi segala gangguan...

Saya hanya sekadar mengikhtiarkan apa saya mampu, saya membuat rawatan seperti biasa...membaca ruqyah ayat suci al-Qur'an, selepas itu saya menyuruh beliau mandi mandian limau purut...dan minum air penawar yang saya ruqyah...selang beberapa hari kemudian beliau menelefon saya menggatakan beliau terasa segar dan bersemangat badan menjadi ringan...alhamdullilah saya ucap pada mak cik, syukur kita kepada Allah...seminggu kemudian dia menelefon untuk berjumpa dgn saya...setelah tiba hari pada malam hari saya lihat mak cik itu seperti tidak berdaya...saya bertanya beliau mengapa...beliau menggatakan beliau di serang lebih teruk...saya terdiam lalu saya mula bertanya beberapa lama mak cik dah berubat sebelum saya, dia kata dekat sepuluh tahun...lalu saya tak banyak cakap terus tanya makcik nak saya ikhtiarkan supaya di pulangkan sihir terhadap beliau...beliau kata dia tak tahan lagi...tapi saya tak menjanjikan apa apa, saya hanya berserah pada Allah...beliau setuju sebelum beliau balik, saya dengan izin Allah mengeluarkan jin yang ada dalam badan makcik tersebut...dan mengbekalkan batu bata merah untuk d bakar di rumah beliau yang saya niatkan d tujukan pada tukang sihir...

Alhamdullilah...dengan izin Allah proses pembakaran yang di lakukan menggunakan batu bata merah memberi kesan...sihir d kenakan terhadap beliau telah mula hilang kata mak cik memberitau melalui telefon...selang 2 minggu beliau menelefon yang dia sakit lagi kuat...Allah saya ucapkan...dengan izin Allah saya doa supaya Allah beri kan petunjuk atau ilham...jeng jeng rupanya sakit beliau ada sangkut paut dengan saka berkaitan dgn keris panjang, keris pendek yang tak pernah beliau cerita dalam tempoh rawatan...beliau terkejut saya mencerita satu persatu salasiah keluarga beliau dan terus menarik saka beliau dari jauh la tu...tepat pukul 9.30 mlm beliau menelefon dia tidak sakit lagi...saya memberitau pada makcik agar malam besok mak cik besok dtg kerumah saya untuk saya membuat rawatan mengeluarkan saka beliau...

Setelah saya membuat rawatan dan mandian khusus membuang saka beliau...beliau merasa sebak hati n sedih dan seperti kehilangan sesuatu...saya berharap dan berdoa agar masalah makcik tue selesai...Alhamdulillah dalam tempoh masa sekarang mak cik itu tidak sakit lagi...

ikhlas dari saya dari pusat rawatan Hikmah2u slim...