Wednesday, January 11, 2017

RAWATAN MASALAH RUMAH-TANGGA
Memisahkan antara dua orang atau ramai bagi mencari keridhaan Allah Ta’aala:

Monday, March 9, 2015

Rumah Berhantu...

 

Kepada yang mengalami gangguan di rumah kami ada menawarkan kaedah membersih rumah yg berhantu...

Iaitu solat hajat, yasin, pagar rumah, doa selamat dan memulihkan penghuni rumah...

Pengalaman saya kebanyakan rumah berhantu berpunca pada gangguan sihir yang di tanam atau di letak di dalam rumah, ada juga gangguan jin berpunca pada saka dan ada juga di ganggun jin liar.

-Tanda biasalah nampak kelibat, bunyi seperti pinggan berlaga, tandas seperti ada org mandi, terdengar riuh rendah tengah malam, seram, anak kecil selalu menangis tengah malam, rumah nampak muram, penghuni rumah selalu bergaduh sesama keluarga, bunyi seperti lantunan guli dan rumah bau busuk...

Kaedah cara lama untuk tau ada gangguan, sila ambil cawan berwarna putih tanpa corak dan piring putih tanpa corak...sila bawak cawan itu ke tempat ruang tamu lalu di isi air ke cawan hingga ke bibir cawan, pastikan letak atas meja biar semalaman, selalu jika ada jin maka air itu akan berkurangan...biarkan ia 3 hari selalunya 1/3 air cawan hilang maka ada gangguan, selamat memcuba.

Monday, February 16, 2015

Slip Dics

                                                                                  
                                                                                        

Assalamuialaikum dengan ikhlas hati saya sebagai perawat bernama Fairus Said dengan izin Allah boleh di katakan dalam rambang seperti 10 org persakit  mengalami slip dics dengan izin Allah saya berjaya membantu 8 org persakit slip dics menjalani hidup yg sempurna....rawatan ini tanpa kesakitan hanya menggunakan kaedah rawatan doa ayat quran, kaedah urutan lidi dan kaedah makrifat dengan 2 kali tanpa perbelanjaan yg tinggi....
Kes 1
 seorang perniaga goreng pisang jatuh terduduk, hingga menyebabkan beliau tidak boleh berjalan dengan sempurna hingga terpaksa di papah org lain dan dia di nasihatkan oleh pihak hospital menjalani perbedahan agar membuat pembedahan untuk slip dics untuk berjalan semula dengan sempurna...Pada asalnya beliau datang untuk minta air rawatan lemah semangat...beliau datang keadaan menangis akibat kesakitan belakang slip dics...maka saya beritahu suami persakit....persakit rasa kecewa kerana tidak berjalan dengan sempurna  hanya pembedahan caranya dan mereka bukan golongan mempunyai wang banyak...maka saya katakan  jika dia elok dengan kehendak Allah, saya suruh mereka berlanja makan...maka saya mulakan rawatannya, dengan izin Allah 80 % sakit dan masalahnya dapat saya atasi dan beliau menjalakan rawatan kali kedua dan beliau boleh melakukan  perkerjaan seperti biasa...

Kes 2
Seorang guru taekwando mengalami slip dics hingga menyebabkan tak boleh berdiri lama yang menyebabkan beliau seperti hendak tumbang, tidak bole rukuk solat, sakit memanjang dan dengan kaedah seperti kes 1 beliau berjaya di pulih...

Kes 3
Seorang stundent uum changloon pelajar cina ada masalah slip dics berjaya saya atasi dengan kehendak Allah dan bapa beliau seorang tukang urut...

Kes 4
Seorang Ulama di kedah Tuan guru Paksu mid Kuala nerang mengalami masalah susah berjalan dengan kaedah  urutan saya berjaya.

Kes 5
Seorang Ulama di kedah Tuan Guru Pak su pa (mustafa) kubang rotan ada masalah yang sama tulang belakang berjaya saya ubati dengan kaedah ini.

Dan bermcam kes saya berjaya itupun kehendak Allah...selain itu saya berjaya merawat masalah bahagian pinggul sakit...
                                               

 

Slot video ni persakit mengalami masalah tulang siku retak dan patah tulang rusuk patah yang menyebabkan beliau susah melakukan pergerakan dengan kaedah yg d izinkan Allah dan setelah d buat rawatan maka pergerakan tangan menjadi normal dan tulang rusuk tidak sakit lgi....


         

Tuesday, July 8, 2014

Pulang sihir...

 
Assalamui' alaikum ...di sini kami ada menyediakan kaedah rawatan untuk memulangkan sihir yang bagi selalu terkena sihir berulang kali...
Kisah saya ambil di mana seorang bomoh mencabar saya...untuk memulangkan sihir kepadanya...sihir ini di kenakan kepada penuntut ipta dengan menggunakan anak kerak,
dengan kaedah kami buat maka sihir itu berjaya dipatahkan dengan izin Allah...

Monday, July 7, 2014

Suami curang ataupun isteri yang curang...

 
 
Assalamui'alaikum pada sapa yang bermasalah dengan pasangan masing-masing sama ada suami curang ataupun isteri curang yang bermain kayu tiga, kami ada kaedah untuk menjinakkan pasangan dengan cara kaedah rawatan islam insyallah hampir 80% berjaya kami bantu...

Ini saya ambil iktibar kisah seorang suami m.a. doktor di universiti termuka telah menjalinkan hubungan dengan pelajar perempuan hingga hampir bercerai...mertua mereka berjumpa dengan kami, lalu meminta bantuan saya untuk memisahkan menantu lelaki dengan kekasih gelap...

Insyallah kami telah membantu memisahkan pasangan tersebut dengan syarat ia bertentangan dengan syariat...dalam tempoh 14 hari menantu lelaki meminta maaf pada isterinya...kaedah ini selalu memakan masa 40 hari, ia mengambil masa cepat jika pasangan rehdo kesalahan yang bermasalah...

Kaedah ini juga boleh dipakai kepada anak yang bercinta hingga sanggup mederhaka kepada ibubapa dan juga masalah hubungan gay ataupun lesbian...insyallah..

Wednesday, June 25, 2014

Projek 30 juta di sihir...


 (gambar hiasan sahaja)
 Assalamui' alaikum...siapa sangka projek 30 juta terkena sihir dan sepatut projek ini siap mengikut masa, tetapi tidak berjaya disiapkan mengikut masa, menyebabkan pihak sub-kontraktor menanggung rugi untuk membayar denda harian mungkin mencecah ribu-ribuan...

Kisah ini bermula sahabat saya jutera syarikat subkon mengadu pada saya yg projek dijaga beliau progres kerja terlalu lambat...maka saya pergilah ketempat projek pada malam hari bersama anak murid dan sahabat jutera saya...

Pertama yang saya rasa saya jejak  ketempat projek :-

- Terasa panas dan seperti tidak berudara...
-  Seperti tidak bersemangat kata sahabat jutera saya apabila masuk di site...
-  Suasana kawasan projek muram...
- Bila berjalan tidak bermaya...

Siasatan waktu berkerja :-

- Sahabat saya mengata perkerja sering bergaduh...
- Perkerja cepat letih (kita ketahui perkerja asing sangat kuat kerja tapi out terus)...
- Bos dengan perkerja teknikal saling menyampah...
- Kerja banyak tetapi tidak ada subkon kecil mengambil peluang kerja dalam...

Apabila di pulih maka :-

- Terasa nyaman dan berudara walaupun panas tetapi selesa...
- Mula jalan dengan langkah laju...
- Suasana kawasan projek seperti ceria bila kita lihat sekeliling...
- Perkerja seperti riang...
- Bos nampak tenang...
- Sahabat saya tampak gembira dan bersemangat...

D:\Documents\Pictures\Smile\smile 7.jpg

Thursday, April 3, 2014

Sihir Pelaris atau sihir perabun...

(gambar hiasan)
Assalamui' alaikum....tajuk kali ini mengisah sihir pelaris atau sihir perabun...kisah ini di petik daripada kisah saya merawat kedai bermasalah...kedai ini dahulu merupakan kedai makan yg amat maju...owner kedai dtg berjumpa dgn saya kerana untuk memulihkankan kedai makan beliau dan mengesyaki kedai beliau di sihir perabun...

Apabila saya memulakan kaedah mencari...rupanya kedai beliau bukan disihir org lain tetapi beliau sendiri yg menyihir kedai beliau sendiri...aik mcmana saya menyihir kedai sendiri tanya owner kedai pada saya..saya menerang...lantas saya mengatakan anda ada mengambil pelaris ilmu yg batil...mula tak nak mengaku, tetapi saya menerang kedudukan org meminta pertolongan dari golongan jin adalah salah berdosa besar, silap hari bulan Allah tak ampun dosa (syirik)...

Selepas itu saya tawarkan pelaris batil...dan saya pagar kedai dan menggunakan doa  doa quran untuk melariskan kembali perniagaan kedai tersebut...Dgn izin Allah perniagaan beliau menjadi maju kembali...

                                                                    
MORAL

Apabila kita menggunakan kaedah yg batil seperti asap kemenyan, wangian pelaris, pemengang amanah keris (tok bomoh), gambar rajah, tangkal, duit syilling lama baru dan  lebih lebih ambil dari bukan dari agama islam ini mengundangkan pergunaan jin...
kita mesti ingat kelak apabila kita lemah mereka golongan jin akan atau jin meminta sesuatu kpd kita maka tidak tunai akan terjadi kita di serang dgn golongan jin hingga kita menyangka ini adalah sihir....

sekian