Monday, January 20, 2014

Saka...adakah membahaya atau tidak


Assalamui alaikum...dalam tajuk kali saya tekan pada para pembaca tentang saka...saka bermaksud warisan terdahulu mungkin di tuntut atas nama ilmu seperti perubatan, persilatan, pemanis, pelaris, sihir, kebatinan dan juga kekayaan...ini semua akan di tuntut jika itu menjadi pilihan org terdahulu...jika si pemakai ilmu ini meninggal dunia tanpa sempat di pelepaskan dengan cara betul  maka ia akan menjadi pusaka turun temurun...saka di ambil dari perkataan pusaka iaitu bermaksud warisan...maka itulah kita dapat di waris kepada kita jin pusaka (saka)...

Banyak pembaca memberi komen tentang saka pada saya...mereka kata tak tuntut ilmu saka pun apa  perlu risau...ia memang tak perlu risau tapi yg kita risau ibadat kita...pernah beberapa kes saka ya lebih menggangu ibadat kita...yang menggangu hanya pada org mencari jalan Allah itu saya risau...jika yg lalai apa yg dia bani jin nak risau maka itu matlamat jin tersebut supaya kita lalai...

Masalahnya bila ilmu di tuntut menggunakan jin ada syarat...selalu syarat amalan ilmu akan menjaga diri penuntut selama ada 7 keturunan itu masalahnya...takut kita dalam tempoh 7 keturunan...selalu saka ni bagi kita seronok dulu bagi mcm-mcm kelebihan seperti ilmu di atas, tapi bila kita mula mencari jalan Allah maka semasa itu kita akan di serang...bagi sakit, lumpuh, jadi malas, baran, jadi pendengki, kuat tidur dan malas beribadat...

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۚ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَىٰ مِنْكُمْ مِنْ    أَحَدٍ أَبَدًا وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan ingatlah Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.