Assalamuialaikum...buat pembaca di hormati banyak persoalan timbul, adakah aku ni di hinggapi saka. Adakah kita patut menyalah tok dan nenek kita...bagaimana mereka menghadapi saka semasa mereka hidup...adakah pasti, mereka yang membela...kalau ada jawapan dari tuan-puan sila beri komen...
Bagi saya, saka adalah dari golongan syaitan yang berjanji merosakkkan akidah kita, kita banyak mempercayai saka datang dari tok nenek, mengapa sekarang sejak akhirnya timbul perkara, kenapa tak dulu lagi zaman 90an...
Kadang-kadang atas perbuatan kita juga bole juga menggundang saka datang sama ada memang saka keturunan atau pun kita sendiri mencari, seperti pelaris perniagaan, pagar rumah, pemanis muka, bagi suami isteri sayang pada kita, kebatinan, perubatan dan penunduk...amalan tersebut bila terang-terang tidak menggunakan quran dan tidak mendapat padangan dari guru murshid pasti akan pasti mendatang saka...ni aku nak bagi nama anak iblis yang membuat onar kat kita :
1.Tsabr: Tugasnya
adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam
kesusahan dan berada dalam kesedihan.Ketika manusia dalam kesusahan dan
mendapat musibah, maka datanglah Tsabr dan kuncu-kuncunya membisik
manusia agar melakukan segala kejahatan seperti berzina,bunuh
diri,menghisap dadah,minum arak,berjudi supaya manusia itu terus leka
dan agar jangan kembali kepada jalan Allah.
2.A'war: Tugasnya
adalah menghasut manusia supaya mendekati zina dan terus melakukannya
dengan apa cara sekali pun.A'war dan pengikutnya akan menggambarkan
keenakan dan keseronokan berzina dalam akal fikiran manusia dan
mengobar-kobar kan nafsu.
3.Miswath: Tugasnya
adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan yang mampu menimbulkan
kemarahan dan fitnah besar,agar manusia itu akan kucar-kacir,hilang
pertimbangan dan saling tuduh menuduh sehinggakan menyebabkan
pertempuran yang hebat dan dahsyat.
4.Dasim: Tugasnya
adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan,mudah marah, dan
permusuhan.selalunya dalam kes rumahtangga dasim akan cuba meruntuhkan
institusi kekeluargaan.
5.Zaknabur: Tugasnya
adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat.menghasut
para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan,kecurangan
dan penipuan dalam muamalah(perhubungan).Memastikan pengurangan dalam
timbangan dan bekalan,kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi.serta
merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba(bunga atau faedah
dalam perniagaan).
6.Khanzab: Menghalangi
umat Islam dalam melakukan solat,menggangu umat Islam dalam melakukan
solat(sembahyang).serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia
tidak akan dapat menyembah Allah dan mengelakkan agar sembahyang menjadi
sempurna.
7.Walhan: Menggangu
umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwudhuk(bersuci sebelum
melakukan sembahyang).ini akan menyebabkan umat Islam tidak sah dalam
solatnya.Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan
sewaktu beribadah kepada Allah.Walhan juga,menyebabkan manusia agar
sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu perar atau benda.
Jadi
diingatkan agar manusia sentiasa beringatkan bahawa syaitan merupakan
musuh utama yang amat perlu dielakkan.Allah SWT sama sekali melarang
untuk hambanya mengikut taghut(perkara yang melampaui batas seperti
menyembah selain Allah)dan menjadikan syaitan sebagai idola dalam
aktiviti seharian.
Kalau di tengok 7 tugas anak iblis ni kita akan lihat tanda-tanda saka pada kita...
Sekian ikhlas dari saya Fairus...
aizad juraimiJanuary 10, 2013 10:33 PM