Thursday, December 19, 2013

RAWATAN MENGELUARKAN SANTAU MENGGUNAKAN MINYAK MASAK...


Assalamualaikum.. percayakah anda hanya menggunakan minyak makan kami telah berjaya mengeluarkan santau didalam tubuh persakit santau seperti kaca, miang buluh, pasir, duri, benang dan abu besi. Tanpa menggunakan kaedah menyakitkan dan muntahan dgn izin Allah persakit akan merasakan perubahan seperti jika batuk akan hilang, jika lemah jadi segar, jika rabun mata jadi terang dan bisa badan akan hilang dengan izin Allah...jika tak percaya telefon kami...

Jangan malu telefonlah kami...

Sunday, October 13, 2013

Saka dan sihir...


Assalamui' alaikum...dalam tajuk ini saya ingin menceritakan rawatan tentang sihir, pada minggu lepas saya ada membuat rawatan pada seorang  persakit terkena sihir busung...pada mula saya berjaya mengatasi masalah ini...tak sampai 2 hari beliau terkena sihir lagi, ubat lagi terkena lagi...saya rasa musykil...maka saya bersolat hajat untuk melihat apa petanda masalah penyakit ini, rupanya saka...

Pesakit ini datang dari sepang dan saya menyuruh pesakit ini kerumah saya untuk rawatan...pada mula saya mengeluarkan jin sihir dari indon dan mengaku dari puak boyan di beri upah, cerita ini saya tutup dan apabila selesai saya ternampak adik beliau rapat ke pesakit lalu menguit kaki beliau ke kaki pesakit seperti di camtum sambil menguiskan...pada mula saya tak syak...maka apabila pesakit masuk dalam kereta untuk balik tiba tiba pesakit mengeletar kesejukan...

Maka saya memulakan solat hajat dan kaedah kembara mencari punca akhir sihir dpt di musnah tinggal saka...saka mereka adalah dikatakan islam oleh mereka tetapi adik beradik mereka seperti rehdo dgn saka seolah itu pendinding mereka, adik dia pandai mengurut dtg sendiri...katanya pak janggut islam ada juga saka harimau...saya bertanya adakah hendak buang saka maka sikakak setuju tetapi si adik seperti tidak mahu...maka mereka saya susunkan berdekat dgn niat buang saka tersebut bersama anak mereka...semasa proses membuang si adik asyik sendawa sambil berkata Allah mula saya rasa macam normal tetapi saat penghabisan si adik mengeluarkan suara jantan parau menyebut perkataan Allah agak kasar dan saya menyuruh jin untuk mengucap 2 kalimah syahadah, jin tersebut tidak mahu untuk pengetahuan pembaca,... jin atau pun syaitan mengaku Allah itu ada tetapi tidak dapat menerima nabi Muhammad s.a.w persuruh Allah s.w.t.

Akhir saya berjaya membuang saka keluarga dengan kehendak Allah...moral cerita jika sihir tak kebah kemungkinan besar ada saka yg menggangu...

ihlas dari saya Fairus said...

Wednesday, July 17, 2013

Masalah Tulang Belakang (Slipped Dics)...

 
Assalamui alaikum buat tatapan pembaca...pusat rawatan kami mempunyai kaedah membetulkan tulang belakang tidak kira akibat gangguan mahluk halus ataupun akibat kecederaan seperti terjatuh, kemalangan, terkeluar sendiri, sukan, faktor usia dan terjatuh duduk...
 
Ini adalah kisah salah satu pengalaman saya membetulkan seorang peniaga goreng pisang telah terjatuh duduk hingga menyebabakan slip dics teralih dari kedudukan sebetulnya...ia menyebabkan beliau terlantar di hospital selama 3 hari, apabila keluar dari hospital, beliau tidak mampu berjalan dengan sempurna terpaksa di papah...beliau mengalami gangguan jiwa akibat kejadian tersebut, ini di sebabkan semasa sihat beliau sangat aktif...pada awal pesakit ini di bawa kesaya  kerana hendak memulihkan semangat...lalu saya berkata pada suami dia.... hanya kita pulih balik tulang belakang insyallah semangat dia akan pulih kembali...suami dia berkata ia perlu pembedahan yang menyebabakan kos yg tinggi dan pesakit takut untuk di bedah atau fisioterapi agak memakan masa yg lama...

Saya berkata pada pesakit jika yakin pada Allah tidak mustahil tulang belakang akan sempurna kembali...
 
dengan menggunakan sebatang lidi lalu saya makrifat atau bayangkan lidi itu tulang belakang beliau, maka saya mencari penyakit di lidi maka bila tepat punca masalah itu maka pesakit tersebut mengerang kesakitan...maka saya membetulkan kembali dengan izin Allah tulang belakang beliau elok kembali, maka saya suruh beliau bangun, beliau bangun tanpa perlu bantuan org lain dan tidak mengalami kesakitan lagi dan boleh berjalan bersendirian...insyallah

Kisah ini benar semata mata krn Allah Taala...sekian ikhlas dari hikmah2u slim...

Saturday, July 13, 2013

SIHIR



Sihir kenapa kita terlalu mengangungkan sihir seperti sihir itu hidup, adakah sihir ini adalah terlalu berkuasa sampai sihir tidak mampu di hapuskan...sebut sihir santau, sihir busung, sihir kerak atau apapun jua jenis sihir, kita amat takut seperti itu adalah maut akan mendatang kita..

Dalam hal ini saya bukan nak cerita tentang sihir, tetapi sikap kita orang islam sendiri telah mengolah sihir itu seperti senjata maut hingga kita ini seperti kita bodoh jahil dalam agama...

 

Mana pergi iman kita pergi tetapi kita melafaz lidah kita beriman pada Allah SWT...ya kita cakap beriman pada Allah tapi apa kita lihat dan apa saya lihat, saya sebagai pengamal perubatan melihat seolah olah sihir menjadi rutin kehidupan para pesakit...kita sebagai pesakit jangan nak samakan sihir itu seolah olah setanding dengan Allah...lihat bila kita terlampau memikir sihir apakah hukum kita memikirkan sihir terlalu berkuasa tanpa kita sedari ataupun tidak, janganlah kita memikir sangat sihir takut aqidah kita jauh menyimpang dan menjadikan kita syirik....

Pintalah pertolongan pada Allah, jadilah sandaran kita meminta pertolongan, tiada yang sehebat Allah SWT....daripada kita memikirkan sihir lebih baik kita memikirkan Allah...


Allah lebih mengetahui berkenaan Dengan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu). dan cukuplah Allah sebagai pengawal Yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka). An Nisa 45



Dalam text ini jika apa saya kata bole kita kongsi atau menegur saya...silakan...

Thursday, May 23, 2013

Tujuh anak syaitan...



Tsabr:tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan.Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah, maka datanglah Tsabr dan kuncu-kuncunya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan seperti berzina,bunuh diri,menghisap dadah,minum arak,berjudi supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali kepada Allah.
- Syaitan ini lebih kepada mirip gangguan saka...






A'war:tugasnya adalah menghasut manusia supaya mendekati zina dan terus melakukannya dengan apa cara sekali pun.A'war dan pengikutnya akan menggambarkan keenakan dan keseronokan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobar-kobar kan nafsu.
-Syaitan ini lebih menyuruh kepada manusia atau hasutan seperti menggunakan sihir pengasih...



 Miswath:tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar,agar manusia itu akan kucar-kacir,hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat.
-Syaitan ini boleh menyebabkan kita melaku perkara yang buruk seperti sihir menyihir...



 Dasim:Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan,mudah marah, dan permusuhan.selalunya dalam kes rumahtangga dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.
-Syaitan ini selalu membantu jika ada org yang melakukan sihir pemisah dan syaitan jenis ini sangat di sayangi oleh iblis...



 Zaknabur:Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat.menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan,kecurangan dan penipuan dalam muamalah(perhubungan).Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan,kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi.serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba(bunga atau faedah dalam perniagaan).
-Syaitan jenis ini suka menggunakan kaedah hasutan pada manusia hingga boleh hilang pertimbangan dan menyebabkan manusia melakukan khurafat seperti menurun nombor ekor dan sihir...




Khanzab:Menghalangi umat Islam dalam melakukan solat,menggangu umat Islam dalam melakukan solat(sembahyang).serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah dan mengelakkan agar sembahyang menjadi sempurna.
-Syaitan ini selalu mirip kepada gangguan saka...




Walhan:Menggangu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwudhuk(bersuci sebelum melakukan sembahyang).ini akan menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya.Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah.Walhan juga,menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu perar atau benda.
-Syaitan ini lebih mirip kepada saka...


Kita mesti ingat apa apapun tugas anak iblis ini mereka dari golongan penyihir atau saka....kita mesti mengikut jalan Allah...maka taat lah kita pada hukum Allah semoga kita tidak termasuk menjadi ahli neraka...


Jadi diingatkan agar manusia sentiasa beringatkan bahawa syaitan merupakan musuh utama yang amat perlu dielakkan.Allah SWT sama sekali melarang untuk hambanya mengikut taghut(perkara yang melampaui batas seperti menyembah selain Allah)dan menjadikan syaitan sebagai idola dalam
aktiviti seharian.


Sekian dari saya... 





TAFSIR MIMPI...

Salam minggu ini saya membawa sedikit banyak tajuk tanda tanda gangguan melalui tafsir mimpi...
-Ular ialah jika ia mengigit atau patuk, maka ia adalah besar kemungkinan ia adalah gangguan mahluk halus, ia di kuatkan bila terjaga kita terasa seperti di patuk maka ada kemungkinan besar anda terkena gangguan sihir...maka jika terjadi cuba lihat 3 waktu iaitu 9.30 hingga ke zohor badan terasa bisa atau malas, asar ke mahgrib fikiran jadi runsing, bisa, panas atau terasa pening seperti terasa pusing  dan tengah malam sukar untuk tidur atau rimas maka ada kemungkinan besar sihir...

-Anjing hitam ia seperti menyerang ialah seperti maksud di atas ada besar kemungkinan besar sihir ataupun anda di ganggu syaitan...

- Buaya di maksudkan kemungkinan besar adalah saka...

-Kucing di maksudkan kemungkinan besar adalah sihir pegasih...

-Orang tengah bermantra adalah kemungkinan besar anda di puja (Sihir)...

-Bayi di susukan kita atau rapat dgn kita, maka ada kemungkinan besar gangguan saka...
Ok la setakat ini saya dapat menerang seba sedikit bentuk gangguan melalui mimpi...apa apapun mimpi adalah mainan syaitan dan hanya Allah s.w.t mengetahui perkara ghaib...ikhlas dari saya...

Friday, January 18, 2013

Bahana terkena sihir pengasih...





Assalamuialaikum buat tatapan pembaca, jika suami atau isteri anda terkena sihir jenis minyak ataupun gambar...saya ingin memberitahu atas pengalaman saya atas kes begini...contohnya suami atau isteri anda terkena sihir ini, selalunya jin  sihir akan mencari halangan yg menyebabkan sihir ini tidak dapat menguasai suami anda atau isteri, maka jin tersebut akan menyerang siapa yang menjadi halangan, hatta perawat akan di serang juga...pernah saya merawat suami seorang di kuasai sihir pengasih, isteri telah di serang jin pengasih dan membuat si isteri selalu pening kepala...maka saya rawat dengan menggunakan gambar suami yg terkena sihir...tiba-tiba si isteri muntah...bila saya scan rupa jin tersebut berada di bahagian kepala si isteri pesakit...jin itu bertindak memburukkan  muka si isteri untuk membuat suaminya menyampah pada si isteri...

 
Ok untuk pemahaman kes ini anda boleh menghubungi saya ataupun hantar komen...
 
 

Thursday, January 17, 2013

Daun Bidara...









Salam ni la rupa daun bidara...daun ini mempunyai khasiat baik untuk mengatasi masalah gangguan mahluk halus terutama berkaitan sihir...


Ambil 7 helai daun bidara yg segar, pastue di lumat antara dua batu...gunala batu giling ataupun batu tumbuk campur sikit air ruqyah...pastue dilumat maka selesai kerja lumat-melumat, maka masuk dalam gelas yang sudah  di isi air ruqyah, maka di kacau hingga sebati, maka 1per3 air bidara di minum maka 2per3 dibuat mandian...mandian tue guna baldi besar dicampur air biasa...lalu mandilah biarlah air bidara itu kering di badan kita...mandian bidara selepas kita mandi biasa...


Kelapa muda...ubat santau...yea ke...

Hang pe minum la kelapa muda ni jika haus...tapi jika kena santau, campur dengan lada hitam dan tujuh butir garam kasar (garam jantan), pastue guna kaedah bawah nie...

قُتِلَ الْخَرَّاصُونَ
 Terkutuklah orang-orang yang banyak berdusta..
 Baca Al-Fatihah 7x...

Baca selawat syifa 11x kat bawah ni...
Pastue baca surah atas tue sebanyak 30x...
Tiup kat air kelapa tue, sambil berniat untuk mengeluarkan santau dalam diri kita...kalau boleh semasa ambil ikut arah kiblat , selepas asar dan dalam keadaan wuduk...
 
Insyaallah ramai telah berjaya di ubati dengan kaedah minuman ini...nak tau lebih lanjut bertanyala untuk kaedah sebenarnya...sekian


Wednesday, January 16, 2013

Doa Mengembalikan Semula kejahatan...

Ini adalah doa untuk orang terinaya akibat hasad dengki...elok di doakan selepas kita melakukan solat hajat...moga-moga Allah mengkabulkan doa kita...

Amallah jika anda betul terinaya...doa ini di ambil dari darussyifa...moga-moga doa ini dapat membantu anda dan kesan amat sangat selagi kita yakin pada yang Esa...sekian...

Tuesday, January 15, 2013

Air Terjun penghancur sihir pengasih...dagu, krok, cenuai, senyonyong dan pelet...


Bagi kami air terjun ini ada rahsia yang susah nak di rungkai, saya dapat rahsia ini atas pengalaman saya berubat dan ia amat berkesan untuk mematahkan sihir jenis ini...ia akan menjadi senjata yang kuat apabila di adun dengan surah tertentu dalam al-quran...


وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

dan Katakanlah: “telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara Yang salah (kufur dan syirik); Sesungguhnya Yang salah itu sememangnya satu perkara Yang tetap lenyap”.

Santau Angin...yg ada jin atau pun tiada...


Adakah anda terkena santau angin...amal saje ayat surah adz dzariyat ayat 10...
قُتِلَ الْخَرَّاصُونَ
 Terkutuklah orang-orang yang banyak berdusta..
 Baca Al-Fatihah 7x...

Baca selawat syifa 11x kat bawah ni...


Pastue baca surah atas tue sebanyak 30x...

Tiup kat air minuman atau mandian insyallah, jin tue akan keluar...

Sila bertanya untuk kaedah sebenarnya...


Saturday, January 12, 2013

Ok la...baiklah...

Kalau mangsa jauh dan tidak dapat datang untuk dirawat serta menolak untuk dirawat,boleh atau tak dirawat dari jarak jauh??
Dan mangsa non muslim..tolong beri pendapat...( Ini pendapat saya...mangsa boleh di rawat dari jauh...salah satu rawatan dari jauh adalah solat hajat...kalau boleh pesakit perlu rela di rawat ini kerana takut dia ada mengamalkan sesuatu seperti ilmu bertentangan syarak, ini kerana ilmu tersebut perlu mendapat kerelaan hati untuk di buang, baru berkesan...)...org non islam boleh menerima rawatan ini kerana sebut saje dakwah, rawatan adalah satu dakwah untuk menunjukkan keagungan Allah, al-quran dan islam itu...


salam...sy ingin bertanya,kalau yg sy alami,adalah susah tdr mlm,dan bila tdr bdn terasa mcm ada yg tindih.dimuka mcm ada ulat berjalan dan masuk kemata lalu mata jd sakit,merah dan bsk pgnya susah sgt nk buka mata,bdn pun terasa sakit sangat.dan kadang bdn panas mcm dibakar waktu senja,zhohor dan subuh.terus bdn bisa-bisa.kadang jg bdn bau busuk mcm bangkai.kalau nk solat,hidung acciu2,gatal dan berair sehingga nk solat tu mcm x selesa.dan yg paling teruk seluruh bdn ada yg belai2 terutama di tmpt yg sensitif(maaf,ini mmg btl apa yg sy alami).dan msh byk lg gangguan yg sy alami.sampai skrg sy blm tau apa sebenarnya penyakit sy ini.setiap kali berobat,jwbnnya berlainan,itu yg membuat sy bingung.kalau blh tlg bantu sy. wati kl

Sila amal ayat di bawah dahulu tengok reaksi dulu...insyallah saya akan bantu...
baca al-fatihah sebanyak 7x, selawat keatas nabi 11x dan baca ayat di bawah 30x lalu di hembus pada air sambil berniat, apa yang menggangu di keluarkan dgn sifat sebenar..
 
فَالْفَارِقَاتِ فَرْقًا
Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya. (Al-Mursalat 4)

Kemungkinan anda di ganggu jin hasad dengki...

Tuesday, January 8, 2013

SIHIR MAKANAN...




Assalamuialaikum...buat tatapan, bagaimana kalau kita rasa termakan makanan mengandungi bahan sihir dan bagaimana hendak menghilangkan kesan sihir tersebut...caranya baca al-fatihah sebanyak 7x, selawat keatas nabi 11x dan baca ayat di bawah 30x lalu di hembus pada air sambil berniat, apa yang di dalam perut di keluarkan melalui muntah atau pembuangan air kecil dan besar...
فَالْفَارِقَاتِ فَرْقًا
Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya. (Al-Mursalat 4)

mudah-mudahan ini dapat membantu anda...sekian

Monday, January 7, 2013

OH PALESTIN...

Buat tatapan wahai pembaca budiman...lihat apa terjadi pada saudara kita di Palestine...mereka merana di seksa, di bunuh dan di hancurkan kediaman mereka, apakah tindakan kita...kita di Malaysia amat lah selesa dengan kehidupan, mewah, keseronokan, bebas, entahlah apa lagi yang hendak di cakap lagi, semua keseronokan dan kemewahan yang ada di Malaysia tiada di Palestine...tetapi mereka ada perjuangan, keimanan dan ketaqwaan...mungkin kita ada keimanan, ketaqwaan dan perjuangan tetapi saya rasa itu tidak cukup lagi kita sampai ketahap jatuhnya diri kita disisi Allah s.w.t...

Lihat si bapa melindungi anaknya dari serangan dari tentera zionis...apakah kita patut lihat...apa harapan mereka dari saudara mereka yang mewah kehidupan di Malaysia...mereka tidak mahu kemewahan, kemewahan yang menyebabkan mereka takut dengan kehidupan...kalau kita pasti kita takut dengan kesusahan...



Kita lihat pemuda-pemudi Palestine siap sedia berjuang atas nama Allah untuk pertahankan bumi palestine iaitu isinya adalah Baitulmuqaddis...di situlah mereka hidup atas perjuangan jihad di fikiran mereka hanya ada Baitulmuqaddis adalah salah satu kota suci yang wajib pertahankan. Apabila al-Quran menyebut Masjid al-Aqsa dan digandingkan pula dengan Masjidil Haram (Makkah), usaha untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa menjadi sebahagian daripada akidah umat, Antara Firman Allah S.W.T :

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


Lihat gambar di bawah apa jadi dengan  anak-anak muda-mudi kita  berjuang di jalan raya, berjihad atas nama nafsu lihatlah mereka, bandingkan mereka pemuda-pemudi palestine...sayangnya mereka berjuang atas nama kepuasan nafsu...bagi saya ini adalah salah satu contoh puak yahudi berjaya dengan agenda mereka...


Bagi saya cukuplah kita mendoakan dan memberi bantuan dari segi diri atau wang...kalau boleh bawalah diri kita kesana, dermalah wang anda agar dapatlah membantu mereka segi pendidikan, makanan, pembangunan dan kebangkitan islam di sana...moga moga Allah memberi kekuatan pada kita untuk membantu mereka..sekian...

Sunday, January 6, 2013

SANTAU PENGASIH...


Assalamuialaikum...kisah kali ini adalah pesakit yg datang dari selatan kedah...pesakit ini pada aal membawa anak perempuan beliau untuk berubat akibat sakit kepala amat sangat, anak beliau belajar matrikulasi di ipoh...allahamdulillah selepas dengan kekuatan datang pada Allah, gangguan jin yg menggangu anak beliau berjaya di keluarkan...

Kisah ini bermula si bapa mula meminta dirinya di periksa sama ada beliau ada terkena kerana beliau terasa pening jugak, apabila saya memulakan rawatan, maka keluarlah jin tersebut, ia sejenis santau sentuhan di gunakan untuk pengasih untuk menunduk org yg terkena...tujuan santau pengasih adalah di guna pada sibapa agar sibapa mendengar cakap bosnya...mungkin si bapa kuat protes atas perkara beliau lihat tidak betul...

Santau pengasih ini boleh mudaratkan yang terkena...ia adalah sejenis racun yang masuk kedalam saraf darah...si bapa bila saya bertanya...adakah terasa sebelah badan terasa lemah...jawapannya (Ya) jawab si bapa...dan beliau mengadu selalu pening kepala amat sangat...dengan izin Allah saya berjaya menggeluarkan mahluk racun santau hingga sibapa menjerit seperti sakit yang amat sangat...semasa proses mengeluarkan dengan menggunakan kaedah tarik tanpa menyentuh pesakit beliau merasa seperti di siat-siat kulit beliau...beliau bernasib baik sihir ini dapat di patahkan, jika tidak kemungkinan beliau akan terkena strok...
 
اللَّهُ أَعْلَمُ بِأَعْدَائِكُمْ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَلِيًّا وَكَفَىٰ بِاللَّهِ نَصِيرًا
 
Allah lebih mengetahui terhadap musuh-musuh kalian dan cukup Allah (sebagai) pelindung( bagi kalian) dan cukup Allah (sebagai) penolong (bagi kalian). An-Nisa 45

Ok ayat elok di amalkan selepas solat...nak tau cara, bertanya ya...sekian terima kasih...

Thursday, January 3, 2013

Amalan bagi menghindar saka...

لَقَد وُعِدنا نَحنُ وَءاباؤُنا هٰذا مِن قَبلُ إِن هٰذا إِلّا أَسٰطيرُ الأَوَّلينَ﴿٨٣﴾(83) "Demi sesungguhnya, kami telah dijanjikan perkara ini - kami dan datuk nenek kami - dari dahulu lagi; perkara ini hanyalah cerita dongeng orang-orang dahulu-kala."قُل لِمَنِ الأَرضُ وَمَن فيها إِن كُنتُم تَعلَمونَ ﴿٨٤﴾(84) Tanyakanlah (wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?"سَيَقولونَ لِلَّهِ ۚ قُل أَفَلا تَذَكَّرونَ ﴿٨٥﴾(85) Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?"قُل مَن رَبُّ السَّمٰوٰتِ السَّبعِ وَرَبُّ العَرشِ العَظيمِ ﴿٨٦﴾(86) Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?"سَيَقولونَ لِلَّهِ ۚ قُل أَفَلا تَتَّقونَ ﴿٨٧﴾(87) Mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?"قُل مَن بِيَدِهِ مَلَكوتُ كُلِّ شَيءٍ وَهُوَ يُجيرُ وَلا يُجارُ عَلَيهِ إِن كُنتُم تَعلَمونَ ﴿٨٨﴾(88) Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!"سَيَقولونَ لِلَّهِ ۚ قُل فَأَنّىٰ تُسحَرونَ ﴿٨٩﴾(89) Mereka akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah". Katakanlah: "Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?" Bacalah, hafallah, amatilah, amalkan dan jadikan ia salah satu menghindarkan bentuk gangguan saka...baca tiap selepas solat dengan niat supaya memberi perlindungan pada kita...sekian...