Thursday, May 23, 2013

Tujuh anak syaitan...



Tsabr:tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan.Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah, maka datanglah Tsabr dan kuncu-kuncunya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan seperti berzina,bunuh diri,menghisap dadah,minum arak,berjudi supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali kepada Allah.
- Syaitan ini lebih kepada mirip gangguan saka...






A'war:tugasnya adalah menghasut manusia supaya mendekati zina dan terus melakukannya dengan apa cara sekali pun.A'war dan pengikutnya akan menggambarkan keenakan dan keseronokan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobar-kobar kan nafsu.
-Syaitan ini lebih menyuruh kepada manusia atau hasutan seperti menggunakan sihir pengasih...



 Miswath:tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar,agar manusia itu akan kucar-kacir,hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat.
-Syaitan ini boleh menyebabkan kita melaku perkara yang buruk seperti sihir menyihir...



 Dasim:Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan,mudah marah, dan permusuhan.selalunya dalam kes rumahtangga dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.
-Syaitan ini selalu membantu jika ada org yang melakukan sihir pemisah dan syaitan jenis ini sangat di sayangi oleh iblis...



 Zaknabur:Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat.menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan,kecurangan dan penipuan dalam muamalah(perhubungan).Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan,kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi.serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba(bunga atau faedah dalam perniagaan).
-Syaitan jenis ini suka menggunakan kaedah hasutan pada manusia hingga boleh hilang pertimbangan dan menyebabkan manusia melakukan khurafat seperti menurun nombor ekor dan sihir...




Khanzab:Menghalangi umat Islam dalam melakukan solat,menggangu umat Islam dalam melakukan solat(sembahyang).serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah dan mengelakkan agar sembahyang menjadi sempurna.
-Syaitan ini selalu mirip kepada gangguan saka...




Walhan:Menggangu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwudhuk(bersuci sebelum melakukan sembahyang).ini akan menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya.Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah.Walhan juga,menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu perar atau benda.
-Syaitan ini lebih mirip kepada saka...


Kita mesti ingat apa apapun tugas anak iblis ini mereka dari golongan penyihir atau saka....kita mesti mengikut jalan Allah...maka taat lah kita pada hukum Allah semoga kita tidak termasuk menjadi ahli neraka...


Jadi diingatkan agar manusia sentiasa beringatkan bahawa syaitan merupakan musuh utama yang amat perlu dielakkan.Allah SWT sama sekali melarang untuk hambanya mengikut taghut(perkara yang melampaui batas seperti menyembah selain Allah)dan menjadikan syaitan sebagai idola dalam
aktiviti seharian.


Sekian dari saya... 





No comments:

Post a Comment