Thursday, December 19, 2013

RAWATAN MENGELUARKAN SANTAU MENGGUNAKAN MINYAK MASAK...


Assalamualaikum.. percayakah anda hanya menggunakan minyak makan kami telah berjaya mengeluarkan santau didalam tubuh persakit santau seperti kaca, miang buluh, pasir, duri, benang dan abu besi. Tanpa menggunakan kaedah menyakitkan dan muntahan dgn izin Allah persakit akan merasakan perubahan seperti jika batuk akan hilang, jika lemah jadi segar, jika rabun mata jadi terang dan bisa badan akan hilang dengan izin Allah...jika tak percaya telefon kami...

Jangan malu telefonlah kami...

Sunday, October 13, 2013

Saka dan sihir...


Assalamui' alaikum...dalam tajuk ini saya ingin menceritakan rawatan tentang sihir, pada minggu lepas saya ada membuat rawatan pada seorang  persakit terkena sihir busung...pada mula saya berjaya mengatasi masalah ini...tak sampai 2 hari beliau terkena sihir lagi, ubat lagi terkena lagi...saya rasa musykil...maka saya bersolat hajat untuk melihat apa petanda masalah penyakit ini, rupanya saka...

Pesakit ini datang dari sepang dan saya menyuruh pesakit ini kerumah saya untuk rawatan...pada mula saya mengeluarkan jin sihir dari indon dan mengaku dari puak boyan di beri upah, cerita ini saya tutup dan apabila selesai saya ternampak adik beliau rapat ke pesakit lalu menguit kaki beliau ke kaki pesakit seperti di camtum sambil menguiskan...pada mula saya tak syak...maka apabila pesakit masuk dalam kereta untuk balik tiba tiba pesakit mengeletar kesejukan...

Maka saya memulakan solat hajat dan kaedah kembara mencari punca akhir sihir dpt di musnah tinggal saka...saka mereka adalah dikatakan islam oleh mereka tetapi adik beradik mereka seperti rehdo dgn saka seolah itu pendinding mereka, adik dia pandai mengurut dtg sendiri...katanya pak janggut islam ada juga saka harimau...saya bertanya adakah hendak buang saka maka sikakak setuju tetapi si adik seperti tidak mahu...maka mereka saya susunkan berdekat dgn niat buang saka tersebut bersama anak mereka...semasa proses membuang si adik asyik sendawa sambil berkata Allah mula saya rasa macam normal tetapi saat penghabisan si adik mengeluarkan suara jantan parau menyebut perkataan Allah agak kasar dan saya menyuruh jin untuk mengucap 2 kalimah syahadah, jin tersebut tidak mahu untuk pengetahuan pembaca,... jin atau pun syaitan mengaku Allah itu ada tetapi tidak dapat menerima nabi Muhammad s.a.w persuruh Allah s.w.t.

Akhir saya berjaya membuang saka keluarga dengan kehendak Allah...moral cerita jika sihir tak kebah kemungkinan besar ada saka yg menggangu...

ihlas dari saya Fairus said...

Wednesday, July 17, 2013

Masalah Tulang Belakang (Slipped Dics)...

 
Assalamui alaikum buat tatapan pembaca...pusat rawatan kami mempunyai kaedah membetulkan tulang belakang tidak kira akibat gangguan mahluk halus ataupun akibat kecederaan seperti terjatuh, kemalangan, terkeluar sendiri, sukan, faktor usia dan terjatuh duduk...
 
Ini adalah kisah salah satu pengalaman saya membetulkan seorang peniaga goreng pisang telah terjatuh duduk hingga menyebabakan slip dics teralih dari kedudukan sebetulnya...ia menyebabkan beliau terlantar di hospital selama 3 hari, apabila keluar dari hospital, beliau tidak mampu berjalan dengan sempurna terpaksa di papah...beliau mengalami gangguan jiwa akibat kejadian tersebut, ini di sebabkan semasa sihat beliau sangat aktif...pada awal pesakit ini di bawa kesaya  kerana hendak memulihkan semangat...lalu saya berkata pada suami dia.... hanya kita pulih balik tulang belakang insyallah semangat dia akan pulih kembali...suami dia berkata ia perlu pembedahan yang menyebabakan kos yg tinggi dan pesakit takut untuk di bedah atau fisioterapi agak memakan masa yg lama...

Saya berkata pada pesakit jika yakin pada Allah tidak mustahil tulang belakang akan sempurna kembali...
 
dengan menggunakan sebatang lidi lalu saya makrifat atau bayangkan lidi itu tulang belakang beliau, maka saya mencari penyakit di lidi maka bila tepat punca masalah itu maka pesakit tersebut mengerang kesakitan...maka saya membetulkan kembali dengan izin Allah tulang belakang beliau elok kembali, maka saya suruh beliau bangun, beliau bangun tanpa perlu bantuan org lain dan tidak mengalami kesakitan lagi dan boleh berjalan bersendirian...insyallah

Kisah ini benar semata mata krn Allah Taala...sekian ikhlas dari hikmah2u slim...

Saturday, July 13, 2013

SIHIR



Sihir kenapa kita terlalu mengangungkan sihir seperti sihir itu hidup, adakah sihir ini adalah terlalu berkuasa sampai sihir tidak mampu di hapuskan...sebut sihir santau, sihir busung, sihir kerak atau apapun jua jenis sihir, kita amat takut seperti itu adalah maut akan mendatang kita..

Dalam hal ini saya bukan nak cerita tentang sihir, tetapi sikap kita orang islam sendiri telah mengolah sihir itu seperti senjata maut hingga kita ini seperti kita bodoh jahil dalam agama...

 

Mana pergi iman kita pergi tetapi kita melafaz lidah kita beriman pada Allah SWT...ya kita cakap beriman pada Allah tapi apa kita lihat dan apa saya lihat, saya sebagai pengamal perubatan melihat seolah olah sihir menjadi rutin kehidupan para pesakit...kita sebagai pesakit jangan nak samakan sihir itu seolah olah setanding dengan Allah...lihat bila kita terlampau memikir sihir apakah hukum kita memikirkan sihir terlalu berkuasa tanpa kita sedari ataupun tidak, janganlah kita memikir sangat sihir takut aqidah kita jauh menyimpang dan menjadikan kita syirik....

Pintalah pertolongan pada Allah, jadilah sandaran kita meminta pertolongan, tiada yang sehebat Allah SWT....daripada kita memikirkan sihir lebih baik kita memikirkan Allah...


Allah lebih mengetahui berkenaan Dengan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu). dan cukuplah Allah sebagai pengawal Yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka). An Nisa 45



Dalam text ini jika apa saya kata bole kita kongsi atau menegur saya...silakan...

Thursday, May 23, 2013

Tujuh anak syaitan...



Tsabr:tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan.Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah, maka datanglah Tsabr dan kuncu-kuncunya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan seperti berzina,bunuh diri,menghisap dadah,minum arak,berjudi supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali kepada Allah.
- Syaitan ini lebih kepada mirip gangguan saka...






A'war:tugasnya adalah menghasut manusia supaya mendekati zina dan terus melakukannya dengan apa cara sekali pun.A'war dan pengikutnya akan menggambarkan keenakan dan keseronokan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobar-kobar kan nafsu.
-Syaitan ini lebih menyuruh kepada manusia atau hasutan seperti menggunakan sihir pengasih...



 Miswath:tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar,agar manusia itu akan kucar-kacir,hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat.
-Syaitan ini boleh menyebabkan kita melaku perkara yang buruk seperti sihir menyihir...



 Dasim:Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan,mudah marah, dan permusuhan.selalunya dalam kes rumahtangga dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.
-Syaitan ini selalu membantu jika ada org yang melakukan sihir pemisah dan syaitan jenis ini sangat di sayangi oleh iblis...



 Zaknabur:Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat.menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan,kecurangan dan penipuan dalam muamalah(perhubungan).Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan,kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi.serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba(bunga atau faedah dalam perniagaan).
-Syaitan jenis ini suka menggunakan kaedah hasutan pada manusia hingga boleh hilang pertimbangan dan menyebabkan manusia melakukan khurafat seperti menurun nombor ekor dan sihir...




Khanzab:Menghalangi umat Islam dalam melakukan solat,menggangu umat Islam dalam melakukan solat(sembahyang).serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah dan mengelakkan agar sembahyang menjadi sempurna.
-Syaitan ini selalu mirip kepada gangguan saka...




Walhan:Menggangu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwudhuk(bersuci sebelum melakukan sembahyang).ini akan menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya.Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah.Walhan juga,menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu perar atau benda.
-Syaitan ini lebih mirip kepada saka...


Kita mesti ingat apa apapun tugas anak iblis ini mereka dari golongan penyihir atau saka....kita mesti mengikut jalan Allah...maka taat lah kita pada hukum Allah semoga kita tidak termasuk menjadi ahli neraka...


Jadi diingatkan agar manusia sentiasa beringatkan bahawa syaitan merupakan musuh utama yang amat perlu dielakkan.Allah SWT sama sekali melarang untuk hambanya mengikut taghut(perkara yang melampaui batas seperti menyembah selain Allah)dan menjadikan syaitan sebagai idola dalam
aktiviti seharian.


Sekian dari saya... 





TAFSIR MIMPI...

Salam minggu ini saya membawa sedikit banyak tajuk tanda tanda gangguan melalui tafsir mimpi...
-Ular ialah jika ia mengigit atau patuk, maka ia adalah besar kemungkinan ia adalah gangguan mahluk halus, ia di kuatkan bila terjaga kita terasa seperti di patuk maka ada kemungkinan besar anda terkena gangguan sihir...maka jika terjadi cuba lihat 3 waktu iaitu 9.30 hingga ke zohor badan terasa bisa atau malas, asar ke mahgrib fikiran jadi runsing, bisa, panas atau terasa pening seperti terasa pusing  dan tengah malam sukar untuk tidur atau rimas maka ada kemungkinan besar sihir...

-Anjing hitam ia seperti menyerang ialah seperti maksud di atas ada besar kemungkinan besar sihir ataupun anda di ganggu syaitan...

- Buaya di maksudkan kemungkinan besar adalah saka...

-Kucing di maksudkan kemungkinan besar adalah sihir pegasih...

-Orang tengah bermantra adalah kemungkinan besar anda di puja (Sihir)...

-Bayi di susukan kita atau rapat dgn kita, maka ada kemungkinan besar gangguan saka...
Ok la setakat ini saya dapat menerang seba sedikit bentuk gangguan melalui mimpi...apa apapun mimpi adalah mainan syaitan dan hanya Allah s.w.t mengetahui perkara ghaib...ikhlas dari saya...

Friday, January 18, 2013

Bahana terkena sihir pengasih...





Assalamuialaikum buat tatapan pembaca, jika suami atau isteri anda terkena sihir jenis minyak ataupun gambar...saya ingin memberitahu atas pengalaman saya atas kes begini...contohnya suami atau isteri anda terkena sihir ini, selalunya jin  sihir akan mencari halangan yg menyebabkan sihir ini tidak dapat menguasai suami anda atau isteri, maka jin tersebut akan menyerang siapa yang menjadi halangan, hatta perawat akan di serang juga...pernah saya merawat suami seorang di kuasai sihir pengasih, isteri telah di serang jin pengasih dan membuat si isteri selalu pening kepala...maka saya rawat dengan menggunakan gambar suami yg terkena sihir...tiba-tiba si isteri muntah...bila saya scan rupa jin tersebut berada di bahagian kepala si isteri pesakit...jin itu bertindak memburukkan  muka si isteri untuk membuat suaminya menyampah pada si isteri...

 
Ok untuk pemahaman kes ini anda boleh menghubungi saya ataupun hantar komen...