Monday, December 31, 2012

Nak tau kena sihir, cuba ayat ni...



cuba baca berulang kali, sehingga akan nampak kesan seperti...badan menjadi panas sangat, mengeletar tanpa sebab, sesak nafas amat sangat, selepas di amal demam panas tiba-tiba dan seperti hendak muntah...ok selamat memcuba...

Aduh hai sakitnya...nak kena ni (sihir) pulanglah dgn izin Allah...


Assalamuialaikum...buat pembaca ini adalah salah satu ikhtiar apabila di serang tukang sihir...





apa-apapun kita tengok tafsir dulu...kalau nak tau mcmana nak pakai, tanyalah jangan segan...ayat ni amat berkesan untuk menangkis serangan serangan sihir...sekian...





Saturday, December 29, 2012

Batu karang di buah pinggang...

Assalamuialaikum...kami mempunyai kemahiran mengeluarkan batu karang di buah pinggang...kaedah kami berjaya membantu permasalahan tersebut...ramai telah kami bantu dan mesti di ingatkan ada juga masalah batu karang buah pinggang akibat di sihir...insyallah kami boleh ikhtiarkan...sekian.

Mati pucuk akibat di sihir

Assalamuialaikum...untuk pembaca, kami mempunyai pengalaman mengubat pemasalahan mati pucuk tak kira di sebab sihir ataupun  penyakit biasa...insyallah ramai telah kami bantu...sekian

Surah al-israk 45


Ini amalan saya, amal selepas 5 waktu solat...mudah saje, baca fatihah, baca selawat ke atas nabi 3x n baca ayat tersebut...mesti di ingatkan sebelum mulakan niatkan Ya Allah jadi amalan ini sebagai pendinding yg kuat dari sihir, saka ataupun manusia berniat jahat...maka mulakan amalan tersebut itu saje...selamat mencuba...

Pagar Diri...Bagaimana untuk di amalkan, supaya menjadi pagar yg ampuh...

Assalamuialaikum...sebenarnya pagar diri yang kuat adalah apabila kita amalkan dengan bersungguh...contohnya, apabila membina tembok batu-bata...maka kita plaster pada lapisan pertama dan ia pun kering tapi masih belum kuat mudah saje kita pecahkan...maka kita plaster berulang kali maka ia menjadi kuat dan tidak mampu kita pecahkan, begitu jugak amalan, kita baca berulang berulang...maka ia menjadi seperti plaster tersebut dan ia menjadi sebati bila kita bersungguh beramal dan dinding apabila kering akan menjadi kuat...begitu jugak amalan kita...dan saya nasihatkan amalkan semasa kita tidak serang...ni tidak masa di serang baru sibuk nak amalkan...

Sekian terima kasih...

Friday, December 28, 2012

Ilmu siam...


Assalamualaikum...wahai pembaca sekalian, ramai org berpedapat apabila terkena ilmu siam, pasti merana...terutama minyak dagu, anak krok dan besi bhat itu adalah modal bagi bomoh siam...bila kita terkena pi buat rawatan terutama yang terkena  sihir anak krok, lalu jumpa perawat tradisi berubat punya berubat tak elok jugak...pi berubat guna kaedah islam tak jalan jugak...hmm power ilmu siam ni kata hati kita...sebenarnya kita telah di program dalam otak kita, samada diri kita ataupun perawat yang merawat kita...ilmu siam mereka sebenar tak hebat...sebenarnya kitalah menyebabkan, kita ni guna ayat  quran iman mcmana...taqwa mcmana...bagaimana pulak dgn perawat, kena sikit panas la, badan sakit la  dan kena serang anak kecil mula la gusar...

Bagi saya kita ni belum mengenal diri sendiri sebagai org islam, adakah layak ke sihir tersebut mempermain iman kita...siapakah kita di sisi Allah...bila kita tidak kenal maka di situ la kita jatuh iman kita pada sisi Allah...renungla...dahulu zaman rasullah para sahabat begitu berani, kerana yakin Allah memelihara mereka...mereka penuh dgn taqwa tak takut apa melainkan Allah...anda bagaimana....

Thursday, December 20, 2012

SIHIR FACEBOOK...

Asalamuialaikum...kisah ni nak saya paparkan adalah ingin memberi peringatan sama ada suami org ataupun isteri org...bahana sihir facebook agak membimbangkan...ada kes saya rawat di mana isteri terkena sihir melalui fb atas kesilapan suaminya sendiri...ini disebabkan suaminya sibuk atas urusan perniagaan...di mana suaminya membeli i pad untuk kegunaan isterinya agar isterinya dapat memenuhi masa lapang nya untuk melayari laman sosial iaitu facebook...pada asalnya si isteri ni menggunakan sebaik mungkin untuk mencari kenalan, tetapi lain yang jadi pulak, si isteri mula berkenalan dengan seorang jantan yang sudah berkhawin asal nya untuk bertukar pendapat...akibat perkenalan tersebut maka si isteri di sihir melalui gambar...ini menyebabkan si isteri telah beberapa kali berjumpa dgn jantan tersebut tanpa pengetahuan suaminya...

Kemuncak kisah ini adalah si suami melihat perubahan sikap isteri agak ketara, seperti panas baran melampau, tidak mahu mengurus anak , tidak memasak dan si isteri tidak bernafsu pada suami...

Perangai si isteri mula menunjuk belang...si isteri berani menelefon dan sms penuh kasih sayang pada jantan laknat tue hadapan suaminya...seperti si isteri menggangap suaminya tiada di situ...si isteri mula meminta cerai, alasan tidak serasi dgn suami...ini menbinggungkan si suami, asal isterinya seorang baik...

Apabila saya menyuruh anak murid saya shahir dan sazwan memberi rawatan...maka terkeluar rahsia yang tersimpan di mana beliau terkena sihir melalui gambar dan terkena cenuai selapas perjumpaan jantan tersebut...maka saya harap kisah ini menjadi iktibar pada para pembaca...anda boleh menghantar pendapat atau masalah mistik pada saya...insyallah saya akan menerang sebaik mungkin...

Saya juga akan memberi amalan tertentu pemasalahan ini....ikhlas dari saya...

Tuesday, May 15, 2012

Tanyalah kami tentang rawatan Islam dan sihir atau saka

Pada para budiman pembaca sekalian, jika anda musykil mengenai sihir atau saka....ajukan soalan kepada kami...InsyaAllah kami akan menjawab berdasarkan kaedah rawatan Islam...seperti mimpi, terkena sihir. saka keturunan dan ilmu salah...hantarkan soalan atau terus menelefon terus saya ...

Monday, May 14, 2012


MINYAK DAGU
Apakah minyak dagu?minyak dagu adalah sejenis minyak sihir yang di perbuat daripada anggota badan manusia yang telah mati ada juga di perbuat daripada manusia yang masih hidup…bahagian anggota badan yang di gunakan adalah dagu…itu sebab di panggil minyak dagu...ini saya cerita serba sedikit pembuatan minyak dagu yang saya cari maklumat text dalam internet dan juga atas pengalaman saya merawat pesakit yang terkena minyak dagu…
Kes pertama yang saya rawat adalah seorang pelajar perempuan ipta perak yang terkena minyak dagu, beliau adalah pelajar politeknik di mana pelajar ini di kenakan atas sebab dendam terhadap beliau…kes kedua adalah seorang pelajar perempuan ipta kedah adalah seorang pelajar uitm yang di kenakan atas sebab tidak membalas cinta terhadap jejaka dayus tersebut…
Kita ambil kes pertama…saya ruqyah maka keluarlah jin yang menghuni dalam badan pelajar tersebut…maka berlaku dialog…seperti mana saya ada bertanya sihir apakah yang di gunakan terhadap pelajar itu... jin itu memberitahu dengan bangga mengatakan aku adalah minyak dagu ha ha ha sambil ketawa penuh bangganya dalam pelat cina siam…pastue saya siksa jin itu dengan izin Allah jin tue terpaksa mengalah…saya tanya bagai mana sihir ini di perbuat…jin itu mencerita dia berasal dari seorang perempuan yang berkerja di kuala lumpur…beliau menggatakan dahulu dia seorang yang cantik tetapi kerana cinta beliau sanggup melawan kata ibu nya mengikut teman lelaki yang baru di kenali untuk makan angin di utara…rupa rupa nasibnya malang, teman lelaki yang baru di kenali itu adalah seorang pejahat, beliau sedar niat teman lelakinya, apabila teman lelakinya mengambil seorang lelaki yang berumur pertengahan tahun dalam perjalanan pergi ke utara…semasa itu mereka ingat beliau sedang tidur, dalam perjalanan beliau ada mendengar percakapan teman lelakinya dengan lelaki pertengahan umur berbincang tentang dia yang akan di bawa ke siam…
Kemuncak cerita beliau dapat melarikan diri tetapi takdir menentukan masa…beliau di langgar semasa melarikan diri dan di bawa ketempat yang asing dikawasan hutan di mana beliau diproses hidup hidup untuk membuat minyak dagu…beliau di sula seperti kambing panggang dan di salai dagunya dengan api dan diambil minyak yang menitis itulah yang digunakan untuk membuat minyak sihir dengan campuran bahan lain…itulah ceritanya…kisah ini saya ambil semasa merawat pelajar tersebut…saya harap kisah ini tidak benar…mungkin cerita ini mainan jin…(saya tak sanggup cerita pembuatan minyak dagu bertapa kejam manusia)
Tanda tanda terkena minyak dagu
-Benci berubah menjadi sayang yang menglampau.
-Patuh secara membuta tuli.
-Suka menyendiri dan sering murung.
-Sentiasa sakit seluruh anggota badan yang doctor tidak dapat mengesahkan apa sebabnya.
-Fikiran selalu mengingati seorang itu padah hal sebelum ini membenci.
-Sering pening seperti pusing dan sakit kepala (kemuncaknya bila bulan penuh).
-Bila kemuncak pesakit itu akan benci kepada keluarganya sendiri seperti suami, isteri, adik beradik, ibu bapa.
-Tidak kenal ahli keluarga sendiri.
-Sanggup melawan keluarga apabila tidak dapat bertemu dengan penyihir minyak dagu.
-Selalu terbayang muka penyihir (apabila pesakit melihat bulan penuh akan terbayang rupa penyihir itu di bulan seperti pungguk rindukan bulan).
-Nafsu membuak buak terhadap penyihir.
-Jin minyak dagu sentiasa menyerupai penyihir dalam mimpi, kadang kadang menjelma di hadapan pesakit tersebut.
-Sensitif dengan azan dan bacaan Al-Quran (atas pengalaman saya jin minyak dagu tergolongan dari jin kristian).
TANDA TANDA DALAM MIMPI
-Mimpi kucing.
-Mimpi anjing hitam.
-Mimpi ular yang ganas mematuk pesakit.
-Mimpi gereja, tokong (menentukan jenis sihir)
-Mimpi jatuh tempat tinggi.
-Mimpi berada di tempat kotor.
-Mimpi tukang sihir.

Kes kedua pesakit ini adalah pelajar uitm, kita cerita bagaimana sihir minyak dagu di sampaikan kepada pesakit…kisahnya apabila kita tidak mendapat sesuatu kita sanggup membuat kerja syirik dengan menyekutukan Allah s.w.t untuk mendapat kepuasan…sihir ini di lakukan dengan mencalit ke buku nota kuliah mangsa…

KAEDAH KAEDAH YANG DI GUNAKAN UNTUK MENGGENAKAN MINYAK DAGU PADA MANGSA
-Di calit pada baju, buku, tombol pintu rumah dan pemegang pintu kereta, di campur dengan wangian, di campur dalam makanan, di sapu bahagian anggota badan terutama tempat nadi aliran darah.
Untuk pembaca janganlah berubat kaedah yang bukan dari yang Haq…gunakan lah kaedah rawatan islam pasti akan membantu…diingatkan apabila kaedah rawatan tidak tepat ia boleh menyebabkan pesakit boleh menjadi gila…
Dan katakanlah: “ Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.” Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
Dan kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian. (Al-isra’ 81-82)

Kaedah menlenyapkan sihir ini adalah:
1) Al fatihah
2) Selawat
3) Al baqarah
4) Al-Anbiya
5) Al-Syura
6) Al Ma’ idah
7) Al-isra
Ini salah satu kaedah bacaan ruqyah…untuk merawat sihir perlu ada kesabaran, keberanian, jangan pertikai kaedah perawat lain yang menggunakan kaedah ruqyah…teknik saya adalah berdasar pengalaman…kebanyakan kes minyak dagu saya bejaya menlenyapkan sihir tersebut…
Bahan bahan selalu digunakan adalah daun bidara, limau nipis, elak penggunaan limau purut (sebab kalau tidak di gunakan cara betul boleh mengundangkan jin lain datang) Air kolah masjid, Sungai utama, Air terjun…
Pagar diri dan rumah penting mengelak bagi mengelakkan sihir di hantar kembali…
Kita makan apa pasti makan nasikan dengan lauk yang sedap tetapi apa yang kita bagi pada roh kita ???

MINYAK DAGU YANG DIPERBUAT DARI MAYAT
Ada kisah mengatakan minyak dagu di ambil daripada wanita beranak mati sulong masih ada kandungan dalam perut, kebiasaannya wanita itu mati di bunoh dan bayi tersebut di ambil untuk menjadi anak kerak…ada menggatakan anak dara sulong yang mati di jadikan korban minyak dagu…ada juga mengatakan lelaki mati di bunoh juga boleh digunakan untuk membuat minyak dagu…

Minyak dagu dari wanita mati mengandung anak sulong-
selalu sihir di gunakan untuk menceraikan suami isteri amat popular di pantai timur.
Minyak dagu mati anak dara sulong-
selalu sihir di gunakan untuk memikat lelaki atau perempuan dan dikhaskan untuk menjadi cantik. Banyak pondan yang gunakan…
Minyak dagu lelaki di bunoh (penjenayah selalu di Thailand)-
selalu sihir di gunakan untuk menghancurkan saingan perniagaan- jenis ini agak ganas bergantung semasa hidup penjenayah tersebut ganas tak ganas.

Cerita dongengnya ialah mesti ada 2 orang bawak cangkul pergi pukul 12 tengahmalam pastue pakai lilin berwarna mesti dalam tarikh tertentu, pastue korek…masa buka ikatan kapan mesti lah dengan mulut pastue ambil lilin baca mentera lalu di ambil lilin di salai kat dagu pastue minyak lemak dari dagu keluar lalu ditadah masuk kebotol…
Pantang letak dalam rumah, mesti di letak tempat sejuk seperti berhampiran sungai, pokok pisang…
Selalu yang mengamal benda ini akan terkena balik kepada pemakai…kena perawat yang ganas selalu perawat itu pusingkan sihir itu kepada penyihir...
Sesungguhnya yg baik itu dtg dari Allah…dan sebarang kelemahan dalam artikel ini adalah kelemahan saya sendiri……
Sekian saja cerita saya……tunggu kisah2 yang akan datang……

Ikhlas dari kami-Hikmah2u slim




Friday, March 30, 2012

HISTERIA



MINYAK ATAR KASTURI HITAM HIKMAH2U SLIM

                                                                                                                                                                                          




Salam buat pembaca laman ni.....ini adalah minyak atar kasturi hitam yang di gunakan untuk menghilangkan kesan sihir seperti terkena santau, minyak sihir ( minyak dagu, cenuai, apa jenis minyak sihir) dan saka...harga RM 10.00 sahaje....