Sunday, November 13, 2011

Minyak Cenuai...

Assalamuialaikum dalam kisah ni pula seorang perempuan akan berkawin tidak lama lagi telah terkena minyak cenuai di mana beliau seperti melupakan bakal suaminya...bakal suaminya telah membawa wanita ini untuk berubat dengan saya, apabila saya ruqyah keluar lah jin itu dan berlaku dialog di mana jin itu mengaku ia datang dari minyak cenuai yang di kenakan kepada wanita itu untuk kepentingan dari pihak lain...alhamdullilah dengan izin Allah beliau dah sihat kembali...

Ok kita lupakan kisah tue...saya akan menceritakan tanda tanda sesiapa yang terkena minyak cenuai ataupun minyak dagu ke senyoyong kesan tetap sama...menyusahkan aje...banyak dalam internet menjual minyak cenuai ada mengatakan minyak di buat untuk pelaris, pengasih, mengikat kasih sayangla...bagi saya semuanya tetap salah kerana ia adalah sihir Mahabbah dimana ia digunakan tanpa kerelaan pada diri si sakit...syirik tue bagi saya org tue yang buat kalau laki dayus...kalau perempuan sama dayus bingung n bangang tak de keyakinan...lebih lebih laki takde burung...

Bagi saya kalau terkena cenuai ni kita akan lupa anak bini, laki jika yang berkawin...jika tidak berkawin lupa tunang pastue nafsu macam kuda la...asyik ingat orang yang membuat kita...bila pandang bulan nampak la org yang buat...kita akan nampak bulan itu menyerupai org yang melakukan sihir minyak cenuai dan asyik merindui org tue seperti pungguk merindukan bulan...selalu org yang terkena dia tak ingat keluarga...ia bole di katakan sihir pemisah la...dalam satu kes pernah saya rawat si mangsa sanggup membeli sebiji pajero pada seorang lelaki yang menggunakan minyak cenuai kepada mangsa dan memberi wang banyak padahal ia baru kenal 2 minggu...

Kesan minyak itu menjadi kuat apabila kita lihat tibanya bulan penuh mangsa yang terkena minyak tersebut akan hilang ingatan pada kaum keluarga...jika minyak itu tidak dapat menguasai mangsa...si mangsa selalu pening kepala bila tiba bulan penuh...

Solat tue usah cerita lah kalau terkena susah nak solat...jika terkena jika tidak di ubat dengan betul mangsa bole mati dan gila itupun dengan izin ALLAH s.w.t...

Untuk pengetahuan jika mangsa dapat melihat rupa yang membuat di bulan maknanya kesan minyak tue dah kuat menguasai mangsa...

ikhlas dari saya....

Monday, October 17, 2011

sihir busung permainan bomoh asli...


Assalamuialaikum dalam kisah ini mengenai busung yang di kenakan terhadap seorang wanita dalam lingkungan 50an yang terkena sihir busung yang dikenakan pada beliau atas tidak kepuasan hati terhadap mangsa dalam masyarakat orang asli tersebut...

Mangsa adalah seorang yang baik tetapi atas ketamakan penjahat tersebut beliau di kenakan sihir yang terhebat di mana bomoh asli pun tidak sanggup menggubat busung tersebut...

Saya menggambil kes dasar untuk membantu dan mempromosi rawatan islam, insyallah rawatan islam adalah terbaik untuk mengatasi sihir busung...

Sebelum ini mereka telah memanggil bomoh indonesia untuk menggubat pesakit ini tetapi bomoh indonesia itu tidak mampu...lalu mereka mencari perawat kalangan bomoh yang boleh membantu rata-rata semua tidak sanggup...apabila saya menggambil kes, saya terpaksa berlawan dengan bomoh siam, bomoh indon dan yg terhebat bomoh asli busung...

Dengan izin Allah saya yakim mampu menggubat nya cuma masa menentukan...bomoh indon tumbang...bomoh siam tarik diri...bomoh asli busung wanita cameron highlands dah mula lemah tetapi bomoh tersebut meminta bantuan bomoh asli dari rompin untuk menentang saya...tetapi saya yakin mampu menentangnya...terima kasih kepada guruku kerana memberi pengetahuan dalam kes ini...haji mustapa dan ust majid...

Monday, August 22, 2011

sihir hindu



Sihir ini adalah daripada bangsa lain di hantar ke akak ini atas tidak kepuasan hati kerana...seorang pemuda india yang cuba memiliki anak akak tersebut tetapi di halang oleh akak tersebut kerana pemuda india itu cuba membawa anak akak ni ke agama lain...

pemuda india itu berdendam dan menggunakan sihir tersebut untuk membunuh keluarga tersebut terutama akak ni....pas tue jin mcm dah keluar...tapi saya tak percaya...kena sembelih la...

pada anak gadis dan teruna berjaga jagalah kalau berkawan dengan bangsa lain, takut jadi kes ni...selamat berpuasa...

Monday, July 4, 2011

sihir busung permainan orang asli



Assalamualaikum dalam kisah ni, akak ni sebenar pernah berubat dengan saya pada tahun lepas akibat kemungkinan terkena permainan sihir, penyakitnya bila dia tengok rancangan berkaitan rawatan islam pasti kerasukan...selepas di rawat allahamdulillah dengan izin ALLAH dia telah pulih...

Baru-baru ni dia minta bantuan dengan saya akibat penyakit busung ni mula nya saya ingat akibat penyakit ketumbuhan dalam perut...akak tue ada memberitahu pada saya, pihak hospital telah menjalankan pemeriksaan dan tiada tanda penyakit yang saya sangkakan...saya memulakan kaedah ruqyah terlebih dahulu dengan niat jika ada unsur unsur jin maka biar ada tindak balas....sambil meletakkkan tapak tangan saya keperutnya...tiba tiba saya rasa tapak tangan saya seperti melecur apa yang mengejutkan tiba tiba perut dia naik setinggi hampir 1 kaki dari permukaan asal perut nya...ia bole di lihat seperti video di atas.

Allahamdullih selepas saya merawat dengan izin Allah perutnya mula susut...

Thursday, June 16, 2011

AMALAN

Kepada mereka pernah menerima rawatan, selepas menunaikan solat isyak iaitu sebelum tidur lakukan solat sunat taubat dan di akhiri selepas doa iaitu zikir bismillah sebanyak 389 x....

Moga-moga dengan izin Allah s.w.t kaedah solat ini amat berkesan untuk memberi kekuatan untuk mengatasi serangan sihir dan saka...

Sunday, June 12, 2011

SIHIR PEMISAH

Syukur Ke hadrat ALLAH S.W.T kerana saya masih hidup...dalam tajuk ini saya cuba mengupas serba sedikit tentang sihir pemisah...

Ok apakah yang dimaksudkan sihir pemisah...dalam perubatan islam, ia adalah sesuatu amalan sihir yang sengaja dilakukan untuk memisahkan seperti suami-isteri, adik-beradik, rakan taulan, rakan kongsi (perniagaan) dan yang berkaitan dengan kasih sayang yang sah.

Sihir ini agak tua penggunaannya seperti tercatat dalam surah Al-Baqarah ayat-102.

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikuti ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat : Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata : Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua : Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. (Surah 2 : al Baqarah ayat 102)

Tanda-tanda terkena sihir pemisah adalah seperti berikut :

Daripada kasih sayang kepada kemarahan dan kebencian menglampau-lampau.

Memperbesarkan perkara kecil kepada perkara yang besar dan sukar memaafkan pasangan.

Cemburu apabila berjauhan seperti suami bila keluar daerah maka sang isteri akan bertindak cemburu amat sangat hingga mengatakan sang suami ada affair dan bila bersemuka timbul rasa meluat dan benci amat sangat.

Tiada nafsu terhadap pasangan terutama semasa membuat hubungan kelamin.

Tiada perasaan tenang bila berada di rumah dan contohnya apabila si suami keluar beliau rasa tenang, bila balik perasaannya menjadi serabut dan kucar kacir sebaik sahaja memasuki kediamannya.

Oklah ini adalah sedikit banyak tanda-tanda terkena sihir pemisah...ikhlas dari kami Hikmah2u slim.

Sunday, May 22, 2011

Kaedah Bakar Batu Bata

Kaedah ini adalah salah satu cara untuk kita bertindak kembali kepada yang terkena sihir berulang...kaedah ini telah banyak membantu kebanyakan pesakit saya akibat terkena sihir dan kaedah ini juga boleh membantu mengeluarkan saka yang degil...

Kaedah ini adalah sekadar kaedah yang penting ALLAH yang memberi kesan bukan perawat ataupun batu itu sendiri...yang penting niat dan doa yang selebihnya pengantungan kita dengan ALLAH...banyak versi kaedah batu bata dari perawat lain tetapi yang penting usaha kita untuk berubat...bagi saya semua kaedah sama jika niat kita sebagai perawat hanya untuk membantu tanpa meletak syarat itulah penting.

Ok saya cuba mencerita kaedah saya...Batu bata mestilah merah, kalau boleh yang baru...

Ayat yang di gunakan adalah Al-Fatihah, surah Al Mukminum, Ayat kursi, surah Al Fiil, surah As Soffat, Surah Al Mulk dan surah Al Furqan dan juga boleh di bacakan surah Yasin 7 mubin. Setiap ayat di baca ada kaedahnya...apa yang ketahui setiap ayat ini ada penggunanya...ia boleh memulangkan...ia boleh mematikan...ia boleh hanya sekadar meredakan bergantung kepada niat perawat itu kalau ganas perawat ganaslah hasilnya...

Insyallah dalam masa akan datang saya akan menunjuk cara kaedah menggunakan batu bata dalam video...atau pun cara bergambar...

Tuesday, May 17, 2011

Sihir Santau...

Pada hari wesak saya di datangi oleh dua beradik yang pernah datang berubat dengan saya akibat gangguan sihir...apa yang menarik dalam kes ni adalah mereka dua beradik ni telah di pukau oleh tukang sihir supaya mereka datang berjumpa dengan saya untuk membalas dendam dengan menghantar santau tuju kepada saya melalui dua beradik ni...mungkin sebelum ni tukang sihir telah teruk kena bantai dengan saya...

Saya memulakan rawatan dengan ruqyah...saya mulakan dengan bacaan berkaitan sihir...dan saya membaca ayat berkaitan santau...lalu adik kepada pesakit kerasukan...saya cuba memaksa jin dalam tubuh keluar tetapi jin tue amat degil...lantas saya gunakan kaedah makrifat agar kaedah ini dapat membantu saya menghancurkan pengaruh sihir santau...semasa saya membuat kaedah ini saya terasa seperti berlawan dengan 8 orang tukang sihir yang datang dari utara...sihir ini tidak di tuju kepada pesakit tetapi di tuju kepada saya iaitu di yakini hendak membunuh saya...

Kuasa ALLAH mengatasi segalanya...saya berjaya menumbangkan dan menghancurkan sihir tersebut...saya yakin ilmu diberi ALLAH yang saya pelajari dari orang saya hormati Haji Mustaffa yang berasal dari kubang rotan , Kedah...beliau orang yang saya cukup sanjungi kerana sikap yang lembut tidak sombong...yang penting beliau seorang ulamak...saya ada membuat rakaman video semasa membuat rawatan...insyallah saya akan muat dalam blog ni....

Sunday, March 20, 2011

Bukan tak mau ajar

Kepada sapa yg ingin belajar dgn saya, harap maaf kan saya...saya masih belum bersedia...d luar masih banyak pakar,,,,

Entahla...

Pertama kali saya dan anak murid saya membuat rawatan d bandar Melaka...masa tue kami membuat rawatan di sebuah pusat pengajian yang telah d serang oleh puak sihir...kisah ni bukan nak menunding sapa salah tapi, saya agak terkilan sikap perawat islam itu sendiri...saya amat benci sikap perawat tue...saya harap ALLAH tarik kepandaian ilmu dia...

Saya harap kita tidak kisah sapa pun merawat...yang penting untuk membantu bukan nak tengok sapa handal...ilmu agama jea tinggi hati busuk....