Monday, July 4, 2011

sihir busung permainan orang asli

video

Assalamualaikum dalam kisah ni, akak ni sebenar pernah berubat dengan saya pada tahun lepas akibat kemungkinan terkena permainan sihir, penyakitnya bila dia tengok rancangan berkaitan rawatan islam pasti kerasukan...selepas di rawat allahamdulillah dengan izin ALLAH dia telah pulih...

Baru-baru ni dia minta bantuan dengan saya akibat penyakit busung ni mula nya saya ingat akibat penyakit ketumbuhan dalam perut...akak tue ada memberitahu pada saya, pihak hospital telah menjalankan pemeriksaan dan tiada tanda penyakit yang saya sangkakan...saya memulakan kaedah ruqyah terlebih dahulu dengan niat jika ada unsur unsur jin maka biar ada tindak balas....sambil meletakkkan tapak tangan saya keperutnya...tiba tiba saya rasa tapak tangan saya seperti melecur apa yang mengejutkan tiba tiba perut dia naik setinggi hampir 1 kaki dari permukaan asal perut nya...ia bole di lihat seperti video di atas.

Allahamdullih selepas saya merawat dengan izin Allah perutnya mula susut...

16 comments:

  1. assalamualaikum...kalu perut buncit besar tu dikira sbg busung jugakke tidak? saya memiliki tubuh yang kecik,tetapi perut spt ibu mengandung 4-5bulan..kadang2 saya rasa spt pegerakan dlm perut...padahal saya tidak mengandung.oh,saya lupa beritahu ...saya seorang ibu kpd anak berumur 2 tahun..pergerakan didalam perut saya tidaklah terlalu kerap..tetapi kadang2 sahaja.yang menjadi persoalan kpd saya, pergerakan didalam perut saya spt ada 'BABY' .HARAP TUAN faham..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam..ini pendapat sya..kadang2terjadinya busung keatas perempuan adalah disebabkan fibriod yang membengkak.itupun salah satu satu punca boleh menyebabkan busung dan kebanyakkan fibriod ini berpunca daripada gangguan makhluk halus yang bersarang di bahagian peranakan yang telah lama duduk d bahgian situ...

    mcmnilah cuba baca zikir Allahu lailaha illahuwal hayu khoyum ya zaljalaliwal ikram sebanyak 313 x dgn berniat ya Allah jika aku terkena busung ataupun mahluk halus beri pertunjuk pada diriku...selalunya bahagian perut akan rasa panas...dan tanda lain kamu akan rasa sesak nafas amat sangat bila tiba masa waktu 9.30 pgi hingga ke zohor, lepas asar ke mahgrib dan waktu tgh mlm...ini kategori sihir...busung dari segi pengalaman saya ada 2 iaitu air dan angin...yg paling bahaya iaitu air n lupa nak beritau busung jugak terjadi akibat masalah hati...denyutan puan maksud kan itu seperti nadi...ia selalu terdiri dari gangguan angin jahat (jin).

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...saya baru berumur 18tahun...perut sy buncit atau busung..sy malu utk memberitahu ibu sy tentang masalah ini..oh ya syjgkkerapmuntah selepas makan tidak kira siang atau malam..apakah tanda ini pun di kira ada gangguan makhluk halus juga?

    ReplyDelete
  5. Assalamuialaikum...buat masalah yg d hadapi amal yg di atas zikir tersebut....kekerapan muntah adalah d sebabkan masalah angin dalam perut...bila sebut angin mana punca dtg masslah tersebut...ini atas pengalaman saya...mungkin usus perut menghadapi ulser...ok bila percernaan tidak d seleras dgn sempurna dlm perut...maka terjadi gas berlebihan drppada asid percernaan...mungkin bila makanan telah masuk...tiba tiba keluar balik akibat tolakkan drppada gas dlm usus dan bahagian tengah dada kita...tanda luka usus dlm bahagian seperti pedih bila kita makan...pedih d hulu hati...masalah gangguan cuba dgn cd ruqyah...kalau ada gangguan kita tidak selesa panas, hendak nangis, sakit d anggota badan bila dgr cd ruqyah...sekian

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...saya mengalami perut yang membesar pada waktu-waktu yang tertentu terutama pada waktu solat dan malam.Perut saya membesar seperti mengandung 5-6 bulan dan bila bergerak atau berjalan terasa seperti ada air berkocak dalam perut.saya ada buat pemeriksaan di klinik dan dokter mengatakan angin dalam perut.adakah saya terkena busung air kerana setiap kali bergerak terasa air berkocak dan sakit tulang belakang.saya juga kerap bermimpi bayi dan tempat2 kotor seperti tandas.
    harap tuan dapat membantu saya...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,jika tidak keberatan saya ingin mencuba kaedah ini..bole berikan saya no.tel untuk memudahkan saya menghubungi encik

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbt...saya Mohd Firdaus B. Abdul Malik...Saya telah membaca penerangan tuan serta komen2 dari sahabat2 di laman ini...Mak sedara saya mengidapi busung yang dibuat dari seekor katak...telah lama mak sedara saya menanggung penyakit ini..banyak tempat da kami cuba berubat tapi hasilnya tidaklah seperti yang kami harapkan...berat mata saya memandang berat lagi penderitaan yang di tanggung mak sedara saya itu...jika tuan boleh mengubati penyakit ini bagaimana saya ingin berurusan dengan pihak tuan..??? sekian..

    ReplyDelete
  9. Waalaikumusallam...ni saya nak jawab tentang komen setelah saya merantau berubat, merantau berguru...ini adalah penyakit biasa, tetapi di tumpangi mahluk halus yang bertujuan menyesatkan kita, supaya kita di sihir itu tujuan mereka untuk kita percaya sihir itu hebat...insyaallah kami ada caranye mengajar jin banjigan tersebut...0123240483 minta maaf krn menunggu krn saya sibuk dgn rawatan...wokay

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..sy ada m'cik,dia sll sakit kena gangguan.sdh lama sakitnya.kalau dilihat secara mata kasar mmg x nampak sakit.hanya Allah dan m'cik sj yg tau apa yg dirasakan.tp bila sy ikut m'cik pergi berobat ke ust,mmg sgt menakutkan.bdnnya bau busuk mcm bangkai dan kerasukan.sdh 35 ust yg m'cik datangi untuk brobat,tp xde perubahan apa2.sy merasa kasihan jg.tp sy x dpt bantu apa2..jika en bs memantu m'cik sy,mcm mana caranya sy nk jmp? t'kasih.sy dr kl..wati

    ReplyDelete
  11. salam.. saya ada jiran yang mengalami masalah busung.. makcik ni umur 60 tahun. dia dah pergi ke hospital untuk mengetahui apa masalah yang dialaminya..tetapi 9 doktor yang dijumpai tak tahu apa penyakitnya...doktor memberitahu jantung, usus dan darah ok..je.. masa buat pemeriksaan tu dalam gambar scan perutnya terdapat dua bahagian.. kanan daging dan yang kiri lobang hitam yang tak tak tahu ape dia.. doktor heran. dorang tak tahu nak wat aper sebab tak der ape yang nak dibedah.. bukan kanser atau ketumbuhan.. kat hospital makcik ni boleh makan tapi sikit jer. yang selebihnya dimuntahkan semula.. bila dia pulang ke rumahnya langsung tak boleh nak makan. hanya makan 2 keping roti utk 3 hari. so. apa yang patut saya buat untuk menolong jiran saya ni.. dia ibu tunggal dan punyai 2 org anak.. anak2 pun dah selalu ambik cuti bawak pergi hospital... so sebagai jiran saya nak tolong setakat yang mampu... boleh usztaz beri komen dan cadangan?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...saya ingin bertanyakan, adik perempuan saya mengalami perut seperti org mengadung 2 atau 3 bulann, saya juga sudah mengesahkan yg adik saya bukan la hamil, saya takut dia terkena gangguan mahluk halus, dia juga sering nampak mahluk atau bayang berlegar2 di halaman rumah kami, dan belakang badan mempunyai kesan lebam dan dia juga selalu mengadu lenguh pada bahu sebelah kanan, bentuk tangan adik saya juga bertukar menjadi tangan seperti org berumur 50-an saya takut adik saya terkena buatan org atau mahluk tak di ingini. Sila beri tunjuk ajar..

    ReplyDelete
  13. asalammualaikum..saya ingin bertanyakan,isteri saya mengalami perut bengkak membesar.Setelah pergi check dihospital dan klinik.Beliau mengesahkan tiada fibriod.Cuma nampak mcm ada kesan air didlm perut.Untuk pengetahuan arwah ibu saya pengalami penyakit yang sama dan hospital mengesahkan sebagai penyakit hepetisis (keturunan dlm keluarga).Saya pernah pergi banyak tempat pusat rawatan islam.Tp semua keputusan yang diberbeza.Ada yang ckap tiada gangguan halus dan ada yang cakap terkena sihir.So saya sekarang didlm dilema,ape patut saya buat?.Saya berharap sangat2 supaya penyakit isteri saya sembuh.Amin.

    ReplyDelete
  14. Asalammualaikum...area johor de buat rwtan x...

    ReplyDelete