Thursday, May 17, 2012
Tuesday, May 15, 2012
Tanyalah kami tentang rawatan Islam dan sihir atau saka
Pada para budiman pembaca sekalian, jika anda musykil mengenai sihir atau saka....ajukan soalan kepada kami...InsyaAllah kami akan menjawab berdasarkan kaedah rawatan Islam...seperti mimpi, terkena sihir. saka keturunan dan ilmu salah...hantarkan soalan atau terus menelefon terus saya ...
Monday, May 14, 2012
MINYAK
DAGU
Apakah
minyak dagu?minyak dagu adalah sejenis minyak sihir yang di perbuat
daripada anggota badan manusia yang telah mati ada juga di perbuat
daripada manusia yang masih hidup…bahagian anggota badan yang di
gunakan adalah dagu…itu sebab di panggil minyak dagu...ini saya
cerita serba sedikit pembuatan minyak dagu yang saya cari maklumat
text dalam internet dan juga atas pengalaman saya merawat pesakit
yang terkena minyak dagu…
Kes
pertama yang saya rawat adalah seorang pelajar perempuan ipta perak
yang terkena minyak dagu, beliau adalah pelajar politeknik di mana
pelajar ini di kenakan atas sebab dendam terhadap beliau…kes kedua
adalah seorang pelajar perempuan ipta kedah adalah seorang pelajar
uitm yang di kenakan atas sebab tidak membalas cinta terhadap jejaka
dayus tersebut…
Kita
ambil kes pertama…saya ruqyah maka keluarlah jin yang menghuni
dalam badan pelajar tersebut…maka berlaku dialog…seperti mana
saya ada bertanya sihir apakah yang di gunakan terhadap pelajar
itu... jin itu memberitahu dengan bangga mengatakan aku adalah minyak
dagu ha ha ha sambil ketawa penuh bangganya dalam pelat cina
siam…pastue saya siksa jin itu dengan izin Allah jin tue terpaksa
mengalah…saya tanya bagai mana sihir ini di perbuat…jin itu
mencerita dia berasal dari seorang perempuan yang berkerja di kuala
lumpur…beliau menggatakan dahulu dia seorang yang cantik tetapi
kerana cinta beliau sanggup melawan kata ibu nya mengikut teman
lelaki yang baru di kenali untuk makan angin di utara…rupa rupa
nasibnya malang, teman lelaki yang baru di kenali itu adalah seorang
pejahat, beliau sedar niat teman lelakinya, apabila teman lelakinya
mengambil seorang lelaki yang berumur pertengahan tahun dalam
perjalanan pergi ke utara…semasa itu mereka ingat beliau sedang
tidur, dalam perjalanan beliau ada mendengar percakapan teman
lelakinya dengan lelaki pertengahan umur berbincang tentang dia yang
akan di bawa ke siam…
Kemuncak
cerita beliau dapat melarikan diri tetapi takdir menentukan
masa…beliau di langgar semasa melarikan diri dan di bawa ketempat
yang asing dikawasan hutan di mana beliau diproses hidup hidup untuk
membuat minyak dagu…beliau di sula seperti kambing panggang dan di
salai dagunya dengan api dan diambil minyak yang menitis itulah yang
digunakan untuk membuat minyak sihir dengan campuran bahan
lain…itulah ceritanya…kisah ini saya ambil semasa merawat pelajar
tersebut…saya harap kisah ini tidak benar…mungkin cerita ini
mainan jin…(saya tak sanggup cerita pembuatan minyak dagu bertapa
kejam manusia)
Tanda
tanda terkena minyak dagu
-Benci
berubah menjadi sayang yang menglampau.
-Patuh
secara membuta tuli.
-Suka
menyendiri dan sering murung.
-Sentiasa
sakit seluruh anggota badan yang doctor tidak dapat mengesahkan apa
sebabnya.
-Fikiran
selalu mengingati seorang itu padah hal sebelum ini membenci.
-Sering
pening seperti pusing dan sakit kepala (kemuncaknya bila bulan
penuh).
-Bila
kemuncak pesakit itu akan benci kepada keluarganya sendiri seperti
suami, isteri, adik beradik, ibu bapa.
-Tidak
kenal ahli keluarga sendiri.
-Sanggup
melawan keluarga apabila tidak dapat bertemu dengan penyihir minyak
dagu.
-Selalu
terbayang muka penyihir (apabila pesakit melihat bulan penuh akan
terbayang rupa penyihir itu di bulan seperti pungguk rindukan bulan).
-Nafsu
membuak buak terhadap penyihir.
-Jin
minyak dagu sentiasa menyerupai penyihir dalam mimpi, kadang kadang
menjelma di hadapan pesakit tersebut.
-Sensitif
dengan azan dan bacaan Al-Quran (atas pengalaman saya jin minyak dagu
tergolongan dari jin kristian).
TANDA
TANDA DALAM MIMPI
-Mimpi
kucing.
-Mimpi
anjing hitam.
-Mimpi
ular yang ganas mematuk pesakit.
-Mimpi
gereja, tokong (menentukan jenis sihir)
-Mimpi
jatuh tempat tinggi.
-Mimpi
berada di tempat kotor.
-Mimpi
tukang sihir.
Kes
kedua pesakit ini adalah pelajar uitm, kita cerita bagaimana sihir
minyak dagu di sampaikan kepada pesakit…kisahnya apabila kita tidak
mendapat sesuatu kita sanggup membuat kerja syirik dengan
menyekutukan Allah s.w.t untuk mendapat kepuasan…sihir ini di
lakukan dengan mencalit ke buku nota kuliah mangsa…
KAEDAH
KAEDAH YANG DI GUNAKAN UNTUK MENGGENAKAN MINYAK DAGU PADA MANGSA
-Di
calit pada baju, buku, tombol pintu rumah dan pemegang pintu kereta,
di campur dengan wangian, di campur dalam makanan, di sapu bahagian
anggota badan terutama tempat nadi aliran darah.
Untuk
pembaca janganlah berubat kaedah yang bukan dari yang Haq…gunakan
lah kaedah rawatan islam pasti akan membantu…diingatkan apabila
kaedah rawatan tidak tepat ia boleh menyebabkan pesakit boleh menjadi
gila…
Dan
katakanlah: “ Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.”
Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
Dan
kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat
bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada
orang yang zalim selain kerugian. (Al-isra’ 81-82)
Kaedah
menlenyapkan sihir ini adalah:
1)
Al fatihah
2)
Selawat
3)
Al baqarah
4)
Al-Anbiya
5)
Al-Syura
6)
Al Ma’ idah
7)
Al-isra
Ini
salah satu kaedah bacaan ruqyah…untuk merawat sihir perlu ada
kesabaran, keberanian, jangan pertikai kaedah perawat lain yang
menggunakan kaedah ruqyah…teknik saya adalah berdasar
pengalaman…kebanyakan kes minyak dagu saya bejaya menlenyapkan
sihir tersebut…
Bahan
bahan selalu digunakan adalah daun bidara, limau nipis, elak
penggunaan limau purut (sebab kalau tidak di gunakan cara betul boleh
mengundangkan jin lain datang) Air kolah masjid, Sungai utama, Air
terjun…
Pagar
diri dan rumah penting mengelak bagi mengelakkan sihir di hantar
kembali…
Kita
makan apa pasti makan nasikan dengan lauk yang sedap tetapi apa yang
kita bagi pada roh kita ???
MINYAK
DAGU YANG DIPERBUAT DARI MAYAT
Ada
kisah mengatakan minyak dagu di ambil daripada wanita beranak mati
sulong masih ada kandungan dalam perut, kebiasaannya wanita itu mati
di bunoh dan bayi tersebut di ambil untuk menjadi anak kerak…ada
menggatakan anak dara sulong yang mati di jadikan korban minyak
dagu…ada juga mengatakan lelaki mati di bunoh juga boleh digunakan
untuk membuat minyak dagu…
Minyak
dagu dari wanita mati mengandung anak sulong-
selalu
sihir di gunakan untuk menceraikan suami isteri amat popular di
pantai timur.
Minyak
dagu mati anak dara sulong-
selalu
sihir di gunakan untuk memikat lelaki atau perempuan dan dikhaskan
untuk menjadi cantik. Banyak pondan yang gunakan…
Minyak
dagu lelaki di bunoh (penjenayah selalu di Thailand)-
selalu
sihir di gunakan untuk menghancurkan saingan perniagaan- jenis ini
agak ganas bergantung semasa hidup penjenayah tersebut ganas tak
ganas.
Cerita
dongengnya ialah mesti ada 2 orang bawak cangkul pergi pukul 12
tengahmalam pastue pakai lilin berwarna mesti dalam tarikh tertentu,
pastue korek…masa buka ikatan kapan mesti lah dengan mulut pastue
ambil lilin baca mentera lalu di ambil lilin di salai kat dagu pastue
minyak lemak dari dagu keluar lalu ditadah masuk kebotol…
Pantang
letak dalam rumah, mesti di letak tempat sejuk seperti berhampiran
sungai, pokok pisang…
Selalu
yang mengamal benda ini akan terkena balik kepada pemakai…kena
perawat yang ganas selalu perawat itu pusingkan sihir itu kepada
penyihir...
Sesungguhnya
yg baik itu dtg dari Allah…dan sebarang kelemahan dalam artikel ini
adalah kelemahan saya sendiri……
Sekian
saja cerita saya……tunggu kisah2 yang akan datang……
Ikhlas
dari kami-Hikmah2u slim
Subscribe to:
Posts (Atom)