Monday, July 4, 2011

sihir busung permainan orang asli



Assalamualaikum dalam kisah ni, akak ni sebenar pernah berubat dengan saya pada tahun lepas akibat kemungkinan terkena permainan sihir, penyakitnya bila dia tengok rancangan berkaitan rawatan islam pasti kerasukan...selepas di rawat allahamdulillah dengan izin ALLAH dia telah pulih...

Baru-baru ni dia minta bantuan dengan saya akibat penyakit busung ni mula nya saya ingat akibat penyakit ketumbuhan dalam perut...akak tue ada memberitahu pada saya, pihak hospital telah menjalankan pemeriksaan dan tiada tanda penyakit yang saya sangkakan...saya memulakan kaedah ruqyah terlebih dahulu dengan niat jika ada unsur unsur jin maka biar ada tindak balas....sambil meletakkkan tapak tangan saya keperutnya...tiba tiba saya rasa tapak tangan saya seperti melecur apa yang mengejutkan tiba tiba perut dia naik setinggi hampir 1 kaki dari permukaan asal perut nya...ia bole di lihat seperti video di atas.

Allahamdullih selepas saya merawat dengan izin Allah perutnya mula susut...