Sunday, March 20, 2011

Bukan tak mau ajar

Kepada sapa yg ingin belajar dgn saya, harap maaf kan saya...saya masih belum bersedia...d luar masih banyak pakar,,,,

Entahla...

Pertama kali saya dan anak murid saya membuat rawatan d bandar Melaka...masa tue kami membuat rawatan di sebuah pusat pengajian yang telah d serang oleh puak sihir...kisah ni bukan nak menunding sapa salah tapi, saya agak terkilan sikap perawat islam itu sendiri...saya amat benci sikap perawat tue...saya harap ALLAH tarik kepandaian ilmu dia...

Saya harap kita tidak kisah sapa pun merawat...yang penting untuk membantu bukan nak tengok sapa handal...ilmu agama jea tinggi hati busuk....

Saturday, December 25, 2010

Sihir Pemisah

Assalamuialaikum buat pembaca...ini adalah kisah mengenai seorang isteri yang begitu setia kepada suami...kisah ini mengenai sikap kaum hawa sendiri sesama mereka...suami beliau seorang anggota tentera telah menjalinkan perhubungan dengan seorang janda di daerah tengah perak...saya gelar si isteri dengan gelaran puan F...

Sebelum puan F mendapat rawatan daripada saya, beliau pernah menelefon saya untuk bertanya pendapat tentang suami yang di katakan terkena ilmu guna-guna...dan saya bertanya dari mana dia tahu suami terkena guna guna, beliau memberitahu sebelum ni dia ada berubat dgn pengamal perubatan tradisional seorang makcik...dan saya memberitau pada puan F, saya lebih suka beliau datang berjumpa dari memberitau dalam telepon ini kerana ia lebih mirip kepada menilik...

Selepas dia menelepon puan F tidak menghubungi saya lagi...dalam tempoh sebulan seorang yang bernama puan N telah menelefon meminta bantuan daripada saya untuk mengubat kawan yang dikatakan terkena sihir...saya suruh mereka datang...pada pukul 11.00 pagi hari jumaat mereka sampai ke rumah saya...datang lah dua orang wanita dengan membawa anak yang kecil berusia 9 bulan dan 5 tahun...jadi beliau memperkenal diri yang dia puan N yang menelefon saya tempoh hari...beliau mencerita masalah yang di hadapi oleh kawan beliau, dari pengamatan cerita baru saya tau kawan beliau terkena sihir adalah puan F yang menelepon tempoh hari dahulu...

Mata puan F bengkak kerana selalu menangis...jadi saya pun mula bertanya apa masalah sebenar dia hadapi...dia mencerita yang suami berkasih dengan seorang janda hingga lupa tanggung jawab sebagai suami...semasa puan F bercerita beliau memberitau dia kurang selesa dengan saya termasuk puan N...lantas saya guna ilmu Lam kepada puan F tanpa menyentuh...lantas puan F rasa hendak pitam dan puan N rasa seperti sesak nafas ini menunjuk ada kehadiran jin dalam tubuh mereka...dalam keadaan duduk menlunjur kelihatan kaki puan F bergoyang menunjukkan jin itu seperti hendak keluar...lantas saya menggunakan kaedah saya pelajari dari tok guru saya untuk mengeluarkan jin dalam tubuh puan F...tiba tiba puan F menangis beliau dalam kerasukan...dalam soal siasat kemungkinan jin terdapat dalam badan beliau adalah jin sihir digunakan untuk memisahkan iaitu sihir pemisah...dengan izin Allah jin itu keluar dan beliau sedar...dan besar kemungkinan besar sihir ini datang dari minah janda tue...

kemudian saya gunakan ilmu Lam jalalah kepada puan N...beliau memberitahu dada beliau seperti panas sangat jeng jeng jeng beliau terkena santau kerana membantu puan F...ini sudah lebih saya paksa jin santau itu keluar jin itu akur...apabila selesai puan N terus pengsan tidak lama kemudian dia sedar, beliau rasa selesa termasuk puan F...dengan cara makrifat saya memberi amaran kepada tukang sihir...dan saya bagi rasa sikit pengajaran kat orang melakukan sihir tue...moral cerita kepada sesiapa hendak bercinta tengok lah dah berkawin belum kalau bole jangan cari laki orang...kalau hendak juga jangan guna cara kotor seperti janda ni...wahai janda terkutuk dalam cerita ni tunggu la tengok langit tinggi rendah...sebab anda pasti terima pembalasan dengan izin Allah kamu pasti gila...sebab itu niat kamu pada puan F maka dengan itu saya akan pulangkan apa yang anda lakukan...saya takkan lepaskan sesiapa melakukan kerja terkutuk...sekian ikhlas dari hikmah2u slim

Sunday, October 24, 2010

BAHAN RAWATAN YANG ADA MASALAH SAKA DAN MASALAH UNTUK MEMBUANG ILMU SALAH

Assalamui'alaikum....

3 botol besar mineral air kolah masjid (DIHARUSKAN SETIAP BOTOL DI AMBIL DIMASJID BERLAINAN DAN DI AMBIL DARI PERMUKAAN KOLAH)

7 biji limau nipis

21 biji limau purut

21 daun pandan

3 botol minyak atar kasturi hitam

7 botol besar air mineral

BAHAN RAWATAN BAGI YANG TERKENA SANTAU

Assalamui' alaikum buat pembaca blog,,,penyediaan bahan yang bagi terkena santau adalah :

7 biji kelapa muda hijau

1 kotak/botol besar susu dutch lady berwarna putih

2 kotak buah kurma ataupun 50 biji buah kurma

1 botol madu lebah besar

7 biji limau purut

21 biji limau nipis

7 botol besar air mineral

3 botol mineral besar air kolah masjid (setiap botol mesti berlainan masjid dan diharuskan di ambil dipermukaan kolah masjid)

bayaran untuk rawatan adalah RM 50-00

boleh juga melalui telefon dgn syarat sediakan dulu bahan...
insyallah kita akan letak perggantungan dengan Allah...

Wednesday, August 25, 2010

PERAWAT BIASA SAJE...

Assalamui'alaikum buat pembaca kami adalah perawat biasa tidak ada kelebihan melainkan dgn izin Allah, kami tidak sehebat perawat lain, tapi kami hanya lah perawat yang kecil...apa kami buat hanya berserah pada Allah...Allah maha penyembuh...