Saturday, December 25, 2010

Sihir Pemisah

Assalamuialaikum buat pembaca...ini adalah kisah mengenai seorang isteri yang begitu setia kepada suami...kisah ini mengenai sikap kaum hawa sendiri sesama mereka...suami beliau seorang anggota tentera telah menjalinkan perhubungan dengan seorang janda di daerah tengah perak...saya gelar si isteri dengan gelaran puan F...

Sebelum puan F mendapat rawatan daripada saya, beliau pernah menelefon saya untuk bertanya pendapat tentang suami yang di katakan terkena ilmu guna-guna...dan saya bertanya dari mana dia tahu suami terkena guna guna, beliau memberitahu sebelum ni dia ada berubat dgn pengamal perubatan tradisional seorang makcik...dan saya memberitau pada puan F, saya lebih suka beliau datang berjumpa dari memberitau dalam telepon ini kerana ia lebih mirip kepada menilik...

Selepas dia menelepon puan F tidak menghubungi saya lagi...dalam tempoh sebulan seorang yang bernama puan N telah menelefon meminta bantuan daripada saya untuk mengubat kawan yang dikatakan terkena sihir...saya suruh mereka datang...pada pukul 11.00 pagi hari jumaat mereka sampai ke rumah saya...datang lah dua orang wanita dengan membawa anak yang kecil berusia 9 bulan dan 5 tahun...jadi beliau memperkenal diri yang dia puan N yang menelefon saya tempoh hari...beliau mencerita masalah yang di hadapi oleh kawan beliau, dari pengamatan cerita baru saya tau kawan beliau terkena sihir adalah puan F yang menelepon tempoh hari dahulu...

Mata puan F bengkak kerana selalu menangis...jadi saya pun mula bertanya apa masalah sebenar dia hadapi...dia mencerita yang suami berkasih dengan seorang janda hingga lupa tanggung jawab sebagai suami...semasa puan F bercerita beliau memberitau dia kurang selesa dengan saya termasuk puan N...lantas saya guna ilmu Lam kepada puan F tanpa menyentuh...lantas puan F rasa hendak pitam dan puan N rasa seperti sesak nafas ini menunjuk ada kehadiran jin dalam tubuh mereka...dalam keadaan duduk menlunjur kelihatan kaki puan F bergoyang menunjukkan jin itu seperti hendak keluar...lantas saya menggunakan kaedah saya pelajari dari tok guru saya untuk mengeluarkan jin dalam tubuh puan F...tiba tiba puan F menangis beliau dalam kerasukan...dalam soal siasat kemungkinan jin terdapat dalam badan beliau adalah jin sihir digunakan untuk memisahkan iaitu sihir pemisah...dengan izin Allah jin itu keluar dan beliau sedar...dan besar kemungkinan besar sihir ini datang dari minah janda tue...

kemudian saya gunakan ilmu Lam jalalah kepada puan N...beliau memberitahu dada beliau seperti panas sangat jeng jeng jeng beliau terkena santau kerana membantu puan F...ini sudah lebih saya paksa jin santau itu keluar jin itu akur...apabila selesai puan N terus pengsan tidak lama kemudian dia sedar, beliau rasa selesa termasuk puan F...dengan cara makrifat saya memberi amaran kepada tukang sihir...dan saya bagi rasa sikit pengajaran kat orang melakukan sihir tue...moral cerita kepada sesiapa hendak bercinta tengok lah dah berkawin belum kalau bole jangan cari laki orang...kalau hendak juga jangan guna cara kotor seperti janda ni...wahai janda terkutuk dalam cerita ni tunggu la tengok langit tinggi rendah...sebab anda pasti terima pembalasan dengan izin Allah kamu pasti gila...sebab itu niat kamu pada puan F maka dengan itu saya akan pulangkan apa yang anda lakukan...saya takkan lepaskan sesiapa melakukan kerja terkutuk...sekian ikhlas dari hikmah2u slim

Sunday, October 24, 2010

BAHAN RAWATAN YANG ADA MASALAH SAKA DAN MASALAH UNTUK MEMBUANG ILMU SALAH

Assalamui'alaikum....

3 botol besar mineral air kolah masjid (DIHARUSKAN SETIAP BOTOL DI AMBIL DIMASJID BERLAINAN DAN DI AMBIL DARI PERMUKAAN KOLAH)

7 biji limau nipis

21 biji limau purut

21 daun pandan

3 botol minyak atar kasturi hitam

7 botol besar air mineral

BAHAN RAWATAN BAGI YANG TERKENA SANTAU

Assalamui' alaikum buat pembaca blog,,,penyediaan bahan yang bagi terkena santau adalah :

7 biji kelapa muda hijau

1 kotak/botol besar susu dutch lady berwarna putih

2 kotak buah kurma ataupun 50 biji buah kurma

1 botol madu lebah besar

7 biji limau purut

21 biji limau nipis

7 botol besar air mineral

3 botol mineral besar air kolah masjid (setiap botol mesti berlainan masjid dan diharuskan di ambil dipermukaan kolah masjid)

bayaran untuk rawatan adalah RM 50-00

boleh juga melalui telefon dgn syarat sediakan dulu bahan...
insyallah kita akan letak perggantungan dengan Allah...

Wednesday, August 25, 2010

PERAWAT BIASA SAJE...

Assalamui'alaikum buat pembaca kami adalah perawat biasa tidak ada kelebihan melainkan dgn izin Allah, kami tidak sehebat perawat lain, tapi kami hanya lah perawat yang kecil...apa kami buat hanya berserah pada Allah...Allah maha penyembuh...

RAWATAN MELALUI TELEFON

Assalamui' alaikum untuk semua pembaca...baru-baru ni saya di hubungi melalui telepon oleh seorang pesakit yang menetap di Putrajaya untuk membuat rawatan...beliau mendapat tahu saya membuat rawatan melalui laman web yang mana kawan beliau pernah mendapat rawatan daripada saya supaya mencuba dengan saya...sebelum ni beliau telah banyak berubat merata rata.

Beliau saya gelarkan puan N telah saya cuba ubat melalui telepon, pada mula saya membaca ruqyah surah lazim dgn niat untuk mengetahui apa punca masalah beliau hadapi...Saya membaca surah yunus yang berkaitan sihir...puan N memberitau ada tindak balas iaitu beliau kurang selesa badan rasa panas dan bergetar dan saya membaca surah berkaitan dgn saka malah beliau rasa amat tidak selesa, malah beliau seperti tercungap-cungap...lalu saya memberitahu pada beliau, saya andai beliau kemungkinan terkena sihir dan ada gangguan saka...

Lalu saya buat rawatan melalui telepon dgn niat hanya Allah yang berkuasa...lalu saya menyuruh pesakit menglunjurkan kaki, saya pun membaca ayat qur'an yang tertentu dgn niat menarik jika terdapat jin yang menggangu yang berada dalam tubuh beliau...puan N memberitahu pada saya kaki beliau tiba-tiba bergoyang dgn sendiri dan terasa ada sesuatu keluar melalui hujung ibu jari kaki...semasa proses itu saya menyuruh puan N menelefon semula saya jika kakinya berhenti gonyang...lebih kurang setengah jam puan N menelefon dan menggatakan beliau merasakan badan terasa ringan dan rasa selesa tidak terasa panas lagi...

Saya menyuruh beliau datang berjumpa dgn saya untuk membuat rawatan susulan...sekian terima kasih, ikhlas dari kami pusat rawatan hikmah2u slim...

Sunday, June 27, 2010

Sihir dan Saka

Salam buat semua pembaca...kisah ini saya coretkan untuk kita bersama berkongsi pengalaman rawatan saya terhadap makcik berusia 60an yang berasal dari daerah teluk intan...beliau sudah beberapa kali menjalankan rawatan daripada saya dan beliau juga telah banyak berubat merata tempat...pada awal rawatan bersama saya beliau mengatakan dia terkena sihir yang agak kuat, dah banyak tok moh n ustaz telah cuba mengatasi masalah dia dan ada yang tidak sanggup mengubat kerana terdapat serangan dari pihak jin sihir...tapi saya hanya mendengar kerana saya tidak mempunyai apa setanding dengan tok moh dan sehebat ust- ust kerana saya berpegang prinsip selagi yakin pada Allah kita bisa mengatasi segala gangguan...

Saya hanya sekadar mengikhtiarkan apa saya mampu, saya membuat rawatan seperti biasa...membaca ruqyah ayat suci al-Qur'an, selepas itu saya menyuruh beliau mandi mandian limau purut...dan minum air penawar yang saya ruqyah...selang beberapa hari kemudian beliau menelefon saya menggatakan beliau terasa segar dan bersemangat badan menjadi ringan...alhamdullilah saya ucap pada mak cik, syukur kita kepada Allah...seminggu kemudian dia menelefon untuk berjumpa dgn saya...setelah tiba hari pada malam hari saya lihat mak cik itu seperti tidak berdaya...saya bertanya beliau mengapa...beliau menggatakan beliau di serang lebih teruk...saya terdiam lalu saya mula bertanya beberapa lama mak cik dah berubat sebelum saya, dia kata dekat sepuluh tahun...lalu saya tak banyak cakap terus tanya makcik nak saya ikhtiarkan supaya di pulangkan sihir terhadap beliau...beliau kata dia tak tahan lagi...tapi saya tak menjanjikan apa apa, saya hanya berserah pada Allah...beliau setuju sebelum beliau balik, saya dengan izin Allah mengeluarkan jin yang ada dalam badan makcik tersebut...dan mengbekalkan batu bata merah untuk d bakar di rumah beliau yang saya niatkan d tujukan pada tukang sihir...

Alhamdullilah...dengan izin Allah proses pembakaran yang di lakukan menggunakan batu bata merah memberi kesan...sihir d kenakan terhadap beliau telah mula hilang kata mak cik memberitau melalui telefon...selang 2 minggu beliau menelefon yang dia sakit lagi kuat...Allah saya ucapkan...dengan izin Allah saya doa supaya Allah beri kan petunjuk atau ilham...jeng jeng rupanya sakit beliau ada sangkut paut dengan saka berkaitan dgn keris panjang, keris pendek yang tak pernah beliau cerita dalam tempoh rawatan...beliau terkejut saya mencerita satu persatu salasiah keluarga beliau dan terus menarik saka beliau dari jauh la tu...tepat pukul 9.30 mlm beliau menelefon dia tidak sakit lagi...saya memberitau pada makcik agar malam besok mak cik besok dtg kerumah saya untuk saya membuat rawatan mengeluarkan saka beliau...

Setelah saya membuat rawatan dan mandian khusus membuang saka beliau...beliau merasa sebak hati n sedih dan seperti kehilangan sesuatu...saya berharap dan berdoa agar masalah makcik tue selesai...Alhamdulillah dalam tempoh masa sekarang mak cik itu tidak sakit lagi...

ikhlas dari saya dari pusat rawatan Hikmah2u slim...