Kaedah ini adalah salah satu cara untuk kita bertindak kembali kepada yang terkena sihir berulang...kaedah ini telah banyak membantu kebanyakan pesakit saya akibat terkena sihir dan kaedah ini juga boleh membantu mengeluarkan saka yang degil...
Kaedah ini adalah sekadar kaedah yang penting ALLAH yang memberi kesan bukan perawat ataupun batu itu sendiri...yang penting niat dan doa yang selebihnya pengantungan kita dengan ALLAH...banyak versi kaedah batu bata dari perawat lain tetapi yang penting usaha kita untuk berubat...bagi saya semua kaedah sama jika niat kita sebagai perawat hanya untuk membantu tanpa meletak syarat itulah penting.
Ok saya cuba mencerita kaedah saya...Batu bata mestilah merah, kalau boleh yang baru...
Ayat yang di gunakan adalah Al-Fatihah, surah Al Mukminum, Ayat kursi, surah Al Fiil, surah As Soffat, Surah Al Mulk dan surah Al Furqan dan juga boleh di bacakan surah Yasin 7 mubin. Setiap ayat di baca ada kaedahnya...apa yang ketahui setiap ayat ini ada penggunanya...ia boleh memulangkan...ia boleh mematikan...ia boleh hanya sekadar meredakan bergantung kepada niat perawat itu kalau ganas perawat ganaslah hasilnya...
Insyallah dalam masa akan datang saya akan menunjuk cara kaedah menggunakan batu bata dalam video...atau pun cara bergambar...
Sunday, May 22, 2011
Thursday, May 19, 2011
Tuesday, May 17, 2011
Sihir Santau...
Pada hari wesak saya di datangi oleh dua beradik yang pernah datang berubat dengan saya akibat gangguan sihir...apa yang menarik dalam kes ni adalah mereka dua beradik ni telah di pukau oleh tukang sihir supaya mereka datang berjumpa dengan saya untuk membalas dendam dengan menghantar santau tuju kepada saya melalui dua beradik ni...mungkin sebelum ni tukang sihir telah teruk kena bantai dengan saya...
Saya memulakan rawatan dengan ruqyah...saya mulakan dengan bacaan berkaitan sihir...dan saya membaca ayat berkaitan santau...lalu adik kepada pesakit kerasukan...saya cuba memaksa jin dalam tubuh keluar tetapi jin tue amat degil...lantas saya gunakan kaedah makrifat agar kaedah ini dapat membantu saya menghancurkan pengaruh sihir santau...semasa saya membuat kaedah ini saya terasa seperti berlawan dengan 8 orang tukang sihir yang datang dari utara...sihir ini tidak di tuju kepada pesakit tetapi di tuju kepada saya iaitu di yakini hendak membunuh saya...Kuasa ALLAH mengatasi segalanya...saya berjaya menumbangkan dan menghancurkan sihir tersebut...saya yakin ilmu diberi ALLAH yang saya pelajari dari orang saya hormati Haji Mustaffa yang berasal dari kubang rotan , Kedah...beliau orang yang saya cukup sanjungi kerana sikap yang lembut tidak sombong...yang penting beliau seorang ulamak...saya ada membuat rakaman video semasa membuat rawatan...insyallah saya akan muat dalam blog ni....
Subscribe to:
Posts (Atom)